Singapura umum harga COE baharu - kereta bawah 1,600 cc perlu bayar RM105k!

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Singapura baru-baru ini telah membuka proses bidaan untuk sijil pemilikan kenderaan atau Certificate of Entitlement (COE) dengan jumlah bidaan yang diterima sebanyak 4,515 permohonan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut senarai terkini, kenderaan kategori A (sesaran bawah 1,600 cc dan kuasa tidak melebihi 130bhp), kos pemilikan COE adalah dianggarkan pada S$35,010 (RM105,489).

Manakala premium untuk kenderaan yang lebih besar dalam kategori B meningkat kepada S$37,705 (RM113,610) daripada nilai terdahulu, iaitu sebanyak S$37,109 (RM111,813).

Sementara itu, untuk kenderaan komersil (Kategori C) termasuklah kenderaan barangan dan bas, nilai COE meningkat kepada S$25,001 (RM75,331) berbanding S$24,402 (RM73,526) pada bidaan terdahulu. 

Manakala motosikal (Kategori D) pula perlu membayar COE bernilai S$4,610 (RM13,890), menaik daripada harga sebelum ini iaitu S$3,989 (RM12,019).

Nilai COE untuk kategori terbuka pula (E) pula menurun kepada $37,500 (RM112,991) daripada nilai terdahulu S$38,000 (RM114,498).

Difahamkan, masih terdapat 3,456 kuota COE yang masih kosong, adakah ini menandakan rakyat Singapura sudah tidak berminat untuk membeli kereta baharu?

Harus diingat, harga COE yang kami paparkan diatas merupakan harga sijil pemilikan sahaja, tidak termasuk harga kenderaan serta cukai-cukai yang berkaitan. 

Jadi, anda faham kenapa harga kereta di sana sangat mahal?

Sumber: Channel News Asia