Singapura uji dron Israel untuk pantau penjarakan fizikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak berkuasa Singapura sedang menguji dron buatan Israel untuk memantau usaha penjarakan fizikal bagi mengawal wabak pandemik Covid-19.

Dua dron Airobotics itu diuji oleh polis Singapura untuk mengesan perkumpulan awal dan menghantar video tersebut kepada mereka secara lintas langsung.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiap dron itu adalah seberat 10 kg dan tempoh ujian ialah selama tiga setengah bulan. Airobotics berkata ini ialah kali pertama sebuah negara membenarkan drone komersil terbang di atas sebuah bandar metropolis.

Menurut agensi Singapura, penggunaan dron mampu meninjau kawasan yang tidak dapat dilihat oleh pasukan polis yang berjalan kaki atau menggunakan kenderaan.

Airobotics yang berpengkalan di Tel Aviv mempunyai dana sebanyak US$120 juta (RM502.6 juta) dan telah menghabiskan sebanyak RM419 juta untuk membangunkan aplikasi dan perkakasan dron tersebut.

* Laporan asal dari The Star

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa…
Berita Domestik
  Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dron sasaran itu boleh digunakan ketika proses latihan ujian tembakan yang…