Singapura terus anjur F1 sehingga 2028

oleh Mohamad Hanif|
Sumber: Singapore GP Pte Ltd
Singapura akan terus menjadi penganjur sukan berprestij Formula 1 dengan kontrak diperbaharui bermula dari tahun 2022 sehingga ke tahun 2028.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sejak memulakan penganjuran F1 pada tahun 2008, sebanyak 12 kali perlumbaan malam telah diadakan di litar tersebut, dengan lebih 268,000 orang pengunjung direkodkan pada kali terakhir sukan tersebut diadakan pada tahun 2019.

Disebabkan oleh pandemik COVID-19, GP Singapura terpaksa dibatalkan sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2020 dan 2021.

Ini bermakna, sukan tersebut bakal memeriahkan jalanan Marina Bay yang dijadualkan berlangsung pada bulan September ini.

Bermula tahun ini, pihak Singapore Tourism Board (STB) dan Singapore GP Pte Ltd (SGP) akan berusaha untuk memastikan pengurangan jejak karbon termasuk menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, meningkatkan usaha kitar semula dan beralih kepada penggunaan bahan lestari.

Pihak F1 juga akan meneroka cara untuk memaksimumkan kecekapan logistik dan perjalanan menerusi pengunaan sistem pengangkutan yang lebih mesra alam.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…