Singapura - Robot peronda cetuskan ketakutan kepada orang awam

oleh SALINA JALIL|
Republik ini menjalankan ujian kawalan peronda menggunakan robot yang memberi amaran kepada mana-mana individu berkelakuan sosial tidak senonoh.


Pengenalan teknologi baharu di Negara Kota Singa itu bagaimanapun mengundang bantahan daripada kumpulan yang memperjuangkan hak asasi manusia dan kerahsiaan peribadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kini, robot bertayar dilengkapi tujuh kamera menjalankan rondaan untuk memberi amaran kepada orang awam yang merokok di kawasan terlarang, meletak basikal secara tidak betul dan melanggar peraturan penjarakan fizikal mencegah COVID-19.

 

Dalam suatu rondaan, salah sebuah robot berkenaan, 'Xavier', sedang menjalankan pemantauan di kawasan perumahan dan berhenti di hadapan sekumpulan penduduk warga tua yang menyaksikan pertandingan catur.

 

"Sila patuhi jarak satu meter, sila pastikan hanya lima orang setiap kumpulan," demikian arahan yang dikeluarkan daripada pembesar suara robot berkenaan, sambil kamera tertumpu kepada kumpulan warga tua terbabit.

Selama tiga minggu, ujian awal dijalankan sejak bulan lalu itu menyaksikan dua robot digerakkan untuk membuat rondaan di kawasan perumahan dan pusat beli belah.

 

 

"Ia mengingatkan saya kepada Robocop, memberi gambaran seolah-olah kita berada dalam dunia robot… saya agak ragu-ragu dengan konsep sedemikian," kata pembantu penyelidik, Frannie Teo, 34, yang sedang bersiar di pusat beli belah.

 

Aktivis hak digital, Lee Yi Ting, berkata robot berkenaan menjadi kaedah terbaru di mana penduduk Singapura akan sentiasa diawasi, sekali gus memaksa mereka sentiasa terpaksa mengawal tingkah laku dan tutur kata.

 

Bagaimanapun, kerajaan memberi alasan bahawa penggunaan robot terpaksa dijadikan pilihan susulan kekurangan tenaga kerja bagi tugasan seumpama itu selain peningkatan golongan penduduk berusia lanjut.

 

Wakil agensi kerajaan yang membangunkan robot 'Xavier', Ong Ka Hing, berkata Singapura kini kekurangan tenaga kerja dan tugasan seperti rondaan berjalan kaki yang dilakukan pegawai penguatkuasa kini boleh digantikan robot.

 

Singapura dengan 5.5 juta penduduk, mempunyai 90,000 kamera polis dan djangka berganda menjelang 2030, dilengkapi dengan teknologi pengenalan wajah yang boleh mengenapl pasti individu di khalayak ramai, mungkin di pasang di tiang lampu jalanan.

 

 

- AFP