Singapura naik taraf jet pejuang F-16 dengan keupayaan baharu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasinya, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) Singapura.

F-16 yang dinaik taraf akan memastikan kesediaan dan keupayaan operasi Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) untuk mempertahankan ruang udaranya sehingga pertengahan 2030-an, menurut MINDEF dalam kenyataan "Lembaran Fakta : F-16 Dinaik Taraf RSAF" yang dikeluarkan di Singapura pada Isnin.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

F-16 kini dilengkapi dengan enam keupayaan baharu iaitu Active Electronically Scanned Array Radar (AESA), Joint Helmet Mounted Cueing System (JHMCS), Air-to-Air Munition, Air-to-Ground Munition, Datalink Capability, dan Suite Electronic Warfare (EW).

Radar AESA yang baharu mewakili peningkatan keupayaan yang ketara, membolehkan pesawat pejuang menjejak sasaran pada jarak yang lebih jauh, menurut MINDEF.

F-16 yang dinaik taraf itu juga dilengkapi dengan keupayaan serangan darat sepanjang cuaca, membolehkan ia menyerang sasaran dengan peluru ketepatan yang lebih berkebolehan seperti Laser Joint Direct Attack Munition (LJDAM).

"Ia juga menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara moden seperti peluru berpandu Python-5, membolehkan ia melibatkan spektrum ancaman udara yang lebih luas," menurut kementerian itu.

Di samping itu, kementerian menjelaskan sistem pautan data dengan paparan dipasang pada topi keledar akan membolehkan juruterbang memaksimumkan penggunaan senjata pesawat pejuang terbabit.

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa F-16 yang dinaik taraf membuat penampilan sulung mereka di Exercise Forging Sabre unilateral yang diadakan antara 11 Sept dan 30 Sept di Idaho, Amerika Syarikat.

F-16 RSAF mula beroperasi pada 1998.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Ia adalah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Taman Daya, Johor dan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah…
Berita Global
"Kira-kira 45 orang telah dipindahkan dari premis itu oleh polis dan SCDF. Tiga individu telah…
Berita Global
Pada masa ini, terdapat 184 stesen minyak di Singapura. Ia didapati berkurangan sebanyak 17.1…