SINGAPURA MULA GUNA KOD QR UNTUK RENTAS SEMPADAN

oleh Firdaus Razani|
Singapura baharu sahaja melancarkan proses pelepasan menggunakan kod QR di pusat pemeriksaan untuk pelancong yang berlepas dari dan tiba di negara bandar itu dengan menaiki kereta.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Ia adalah salah satu usaha untuk mengurangkan kesesakan di sempadan dengan Malaysia yang turut merupakan salah satu lintasan paling sibuk di dunia.

Selain daripada mengemukakan pasport di kaunter, kini pengembara boleh mengimbas kod QR yang dipaparkan pada telefon pintar di dua pusat pemeriksaan darat Singapura yang menghubungkan ke negeri Johor.

Sempadan antara Singapura dan Malaysia menyaksikan ratusan ribu lintasan setiap hari.

Ia selalunya mengambil masa satu atau dua jam pada hari bekerja dan biasanya lebih lama pada hujung minggu dan semasa cuti.

Awal bulan ini, pusat pemeriksaan darat di Singapura mencatatkan rekod 495,000 lintasan sehari, manakala lebih 1.8 juta berlaku pada hujung minggu cuti sekolah.

Pada Selasa sekitar jam 10 pagi, wartawan Nikkei Asia melintasi Tambak Johor-Singapura sepanjang 1 kilometer menggunakan sistem baharu itu.

Selepas mengimbas kod QR di kaunter di Singapura, seorang pegawai imigresen memeriksa muka kedua-dua wartawan itu untuk pengesahan dan hanya mengambil masa kira-kira 20 saat.

 

Laporan lanjut di NikkeiAsia

Berita Berkenaan

Berita Global
Tiga kelas lesen baharu ini Kelas 4P, 5P dan 4AP akan melengkapi lesen sedia ada (Kelas 4A, 4 dan…
Berita Global
Kawasaki Heavy Industries (KHI) tercabut dari landasan, sekali gus merosakkan landasan antara…
Berita Global
Terkini, negara jiran iaitu Singapura sedang semakin hangat membincangkan isu pemandu berusia…