Singapura kini miliki ladang solar terapung terbesar di dunia, mampu jana 6 juta kWh per tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran, Singapura kini memiliki salah satu daripada ladang solar terapung terbesar di dunia dan berupaya untuk mengurangkan pelepasan lebih daripada 4,000 tan CO2 per tahun, atau bersamaan dengan pelepasan emisi daripada 900 buah kenderaan per tahun.
Modenas

Ladang solar terapung ini dikendalikan oleh Sunseap Group, dan mengambil masa hampir setahun untuk dibangunkan di Selat Johor disebabkan halangan pergerakan disebabkan wabak pandemik COVID-19.

Menurut laporan The Straits Times, ladang solar ini terdiri daripada 13,312 panel, 40 unit inverter, dan lebih daripada 30,000 pelampung bagi membentuk kawasan seluas tujuh padang bola sepak!

Sistem apungan ladang solar ini direka untuk bertahan di bawah perubahan cuaca, serta menjadikan platform dan peralatan operasi di ladang solar ini kekal seimbang di atas permukaan air.

Pemasangan sistem 5MW ini dijangka mampu menjana sehingga enam juta kWh tenaga per tahun, dan berpotensi untuk mengimbangi pelepasan 4,258 tan gas CO2 dan menjadikan Singapura dekat dengan sasaran untuk menjadi negara bebas karbon.

Ladang solar terapung ini juga menepatkan panel kawalan, transformer 22 kV, serta dek kedua yang dilengkapi pendingin hawa yang boleh bertindak sebagai pusat pelawat dan galeri.

Walaupun Singapura merupakan antara negara terkecil di dunia, negara itu juga merupakan antara negara pengeluar gas CO2 per kapita paling tinggi di Asia.

Sumber; The Straits Times

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  “Kami berbesar hati dapat berkongsi kelebihan Aruz – antaranya ruang yang luas, tahap…
Berita Global
Berdasarkan pengumuman yang dibuat semalam (7 April), motosikal lama yang didaftarkan sebelum 1…
Berita Domestik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Pengangkutan Singapura dalam kenyataan…