Singapura kini jadi hab ujian kenderaan swapandu (+Video)

oleh Mohamad Hanif|
Singapura kini menjadi lokasi ujian bagi kenderaan yang dilengkapi dengan teknologi pemanduan autonomi atau swapandu, lengkap dengan infrastruktur serta simulasi yang memberikan gambaran trafik di bandar-bandar besar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini digambarkan menerusi penggunaan road sweeper dan buggy golf yang mampu bergerak dan berhenti dengan sendiri apabila mengesan pejalan kaki serta bergerak dengan mudah di laluan selekoh tajam.

Malah, terdapat binaan yang dibuat daripada kontena bagi memperlihatkan bagaimana bangunan tinggi mampu menghalang isyarat daripada satelit kepada kenderaan swapandu. 
 


Centre of Excellence for Testing & Research of Autonomous Vehicles (CETRAN) ini dioperasikan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Nanyang Technological University (NTU) turut mempunyai mesin pembuat hujan yang mampu memberikan simulasi hujan lebat yang kerap melanda Singapura.

Menurut Niels de Boer, pengarah program CETRAN berkata, "sebelum sistem autonomi ini digunakan di jalan utama, kita perlu menguji segala kelengkapan di sini terlebih dahulu.

Ini bermakna, setiap syarikat besar yang mahu melancarkan kenderaan swapandu perlu menguji dan menjalani program penilaian di CETRAN sebelum dibenarkan digunakan di jalan raya umum. 

Penggunaan mesin sweeper yang disebutkan diatas juga sedang diuji sebagai sebahagian daripada perancangan kerajaan sebelum menggunakannya di dalam bandar. 
 


Singapura kini sedang berusaha untuk menarik perhatian syarikat teknologi autonomi untuk menjalankan ujian percubaan di Asia, meninggalkan bandar-bandar besar lain yang kini terlalu sibuk dengan kesesakan trafik saban hari. 

Ini kerana kerajaan Singapura sedang melihat teknologi ini berguna untuk diaplikasikan pada sistem pengangkutan awam dan juga perkhidmatan penghantaran barang pada masa akan datang. 

Singapura sebelum ini telah pun mula menguji kenderaan autonomi di jalan raya umum pada tahun 2015.

 


Sumber: Business Time SG
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Trak swapandu berkuasa elektrik pertama daripada Volvo, Vera kini sudah diberikan tugas pertama -…