Singapura henti penambahan kereta mulai Februari tahun hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|

Singapura semalam mengumumkan bahawa mulai Februari 2018, ia tidak akan membenarkan sebarang penambahan kenderaan di dalam kategori A, B dan D yang termasuk kereta dan motosikal sehingga situasi membenarkan.

Sebelum ini, Singapura mempunyai perkembangan penjualan kereta dan motosikal sebanyak 0.25 peratus tetapi Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura menegaskan kerana kekurangan tanah dan juga peningkatan penduduk, mereka terpaksa memberhentikan perkembangan jualan kenderaan sehingga sifar.

Perkembangan jualan kenderaan perdagangan walaubagaimanapun masih dibenarkan sebanyak 0.25 peratus setahun sehingga bulan Mac 2021.

Singapura memang terkenal dengan kawalan ketat atas penjualan kenderaan. Ini adalah satu tindakan yang bijak kerana pulau kecil itu tidak mempunyai ruang untuk membesarkan jalanraya hanya untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas. Sekarang ini, 12 peratus dari pulau itu digunakan untuk jalanraya.

Kerana itu Singapura mewajibkan permit pembelian kenderaan atau COE yang membenarkan pemilik memiliki sebuah kenderaan selama 10 tahun. Permit itu pula dikawal dan perlu dibida bila ia dibuka untuk tender setiap bulan.

Singapura sudah melabur berbillion dolar untuk peningkatan sistem pengangkutan awam yang terbaik di dunia.

Masalahnya sekarang, apakah yang akan ditulis oleh rakan-rakan kami dari syarikat majalah kenderaan di sana dan apakah akan terjadi kepada syarikat kenderaan di sana? 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bagi pemandu baharu yang belum pasti akan berkhidmat buat tempoh yang panjang, ada pula skim…
Berita Global
Seorang pengusaha bengkel membaik pulih kenderaan di AutoCity di Sin Ming, Khor Joo Heng berkata,…
Berita Domestik
Menurut laporan Mothership.sg, warga Singapura bernama Damien (28 tahun) itu meletakkan keretanya…