Singapura haramkan motosikal lama tahun 2028

oleh Mohamad Hanif|
Untuk mengawal pelepasan emisi, negara jiran Sungapura akan mengharamkan motosikal lama daripada terus menggunakan jalan raya bermula tahun 2028.
Modenas

Ini bermakna, motosikal yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003 boleh terus digunakan di jalan raya Singapura sehingga 30 Jun 2028.

Namun bermula 1 April 2023 sehingga 2028, Singapura akan melaksanakan peraturan bunyi standard terbaharu UN (United Nations), di mana motosikal lama perlu mematuhi pelepasan emisi standard 4.5 peratus CO dan hidrokarbon yang tidak terbakar sebanyak 2,000 ppm.

Selain daripada itu, kerajaan Singapura juga sebelum ini menawarkan insentif sebanyak S$3,500 (RM10,885) untuk menyah-daftar motosikal lama sebelum 5 April 2023.

Langkah tersebut terbukti berkesan, di mana 66 peratus daripada 27,000 kenderaan yang tertakluk di bawah undang-undang baharu ini telah pun dinyah-daftarkan.

Sumber: Visor Down

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada AutoExpress UK, larangan tersebut walaubagaimanapun tidak melibatkan…