Singapura bakal terima khidmat bas elektrik menjelang 2020

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu laporan daripada Land Transport Authority (LTA) pada Rabu lalu (24 Oktober), perkhidmatan bas elektrik akan mula berkhidmat di Singapura dengan jumlah kontrak bernilai S$50 juta (RM151 juta) dianugerahkan kepada tiga pembekal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua 60 buah bas elektrik termasuk 10 daripadanya bas dua tingkat akan mula beroperasi secara berperingkat seawal tahun hadapan sehinggalah tahun 2020.

Kesemua bas elektrik tersebut akan turut dilengkapi dengan sistem paparan informasi penumpang terkini seperti notifikasi berbentuk audio dan visual berkenaan sesuatu perjalanan (Passenger Information Display System). 
 


Syarikat yang dianugerahkan kontrak:

  • 20 buah bas single deck bernilai S$17 juta (RM51 juta) kepada BYD Singapura
  • 20 buah bas single deck bernilai S$15 juta (RM45 juta) kepada ST Engineering Land System
  • 10 buah bas single deck dan 10 buah bas double-deck bernilai S$18 juta (RM54 juta) kepada Yutong-NARI Consortium

Menurut LTA, antara aspek yang dinilai sebelum meluluskan bidaan daripada syarikat-syarikat tersebut termasuklah:

  • pengalaman yang bersesuaian dalam bidang pengangkutan awam
  • track record yang bersih dan cemerlang
  • keupayaan teknikal 
  • sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya tempatan

Menurut LTA lagi, 60 unit pertama bas elektrik ini akan menjadi perintis kepada kajian operasi dan cabaran teknikal yang akan menjadi penentu kepada masa hadapan sistem pengangkutan awam, terutama apabila menghadapi keadaan cuaca dan juga kondisi trafik di Singapura. 

Tahun lalu, LTA telah membuat satu pengumuman di dalam Parlimen untuk membawa masuk hampir 50 buah bas hibrid dan 60 buah bas elektrik sebagai langkah menjadikan sistem pengangkutan awam di Singapura yang lebih mesra alam.  

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…