Hab baharu itu akan menjadi sebuah kemudahan pengecasan pantas awam terbesar di Asia Tenggara, kata syarikat itu.

Menurut pengumuman itu, Volt telah diberi kontrak untuk menempatkan dan mengendalikan hab pengecasan EV sehingga 15 tahun oleh sebuah syarikat di bawah pengendali teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro.
ComfortDelGro juga merupakan pemilik pengendali bas awam terbesar di negeri itu, SBS Transit.
Hab baharu di barat Singapura akan mempunyai titik pengecasan dengan penarafan 360 kilowatt dan 120 kW, dengan masa pengecasan untuk kereta elektrik sepantas 10 minit, kata Volt.
Fasa pertama dijangka beroperasi pada separuh pertama 2026.
Projek itu dibuat ketika Singapura berusaha untuk menghentikan kenderaan enjin pembakaran dalaman secara berperingkat menjelang 2040.
EV menyumbang kira-kira satu daripada tiga kereta baharu yang didaftarkan di negara bandar itu dari Januari hingga Mei, hampir dua kali ganda angka 2023 iaitu 18.1 peratus, menurut kerajaan.

"Volt berharap untuk menyokong peralihan kepada EV, terutamanya untuk pengakutan komersial dan bas elektrik untuk mengurangkan pelepasan, mempromosikan pengangkutan mampan," kata Pengarah Eksekutif Volt Lim Yong Wei dalam satu kenyataan.
Volt ialah usaha sama antara Keppel Infrastructure dan Wanbang Digital Energy, salah satu pembekal dan pengendali titik pengecasan EV terbesar di China.
Singapura juga telah mendorong untuk mobiliti yang lebih hijau dalam pengangkutan komersial.
Menjelang 2030, ComfortDelGro menyasarkan untuk memindahkan 90 peratus daripada keseluruhan keretanya dan 50 peratus daripada basnya kepada kenderaan tenaga yang lebih bersih, termasuk model elektrik dan hibrid sepenuhnya.
Bilangan pengecas EV di Singapura dijangka mencecah 60,000 menjelang 2030 daripada lebih 7,100 titik pengecasan hari ini.
Baca penuh di Nikkei Asia