Singapura bagi insentif untuk pembeli kenderaan elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh kerajaan Singapura hari ini akan melihat pembeli kenderaan elektrik (EV) di pulau itu menerima insentif sehingga S$20,000.

Ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menterinya, Heng Swee Keat semasa ucapan pembentangan belanjawan Singapura siang tadi.
Modenas

Tindakan itu dilakukan untuk memastikan Singapura bertukar kepada negara yang mengamalkan ekonomi rendah karbon dan kurang pencemaran asap.

Rakyat Singapura yang mahu membeli EV akan menerima rebat sehingga 45 peratus atau sehingga S$20,000 ke atas kos pendaftaran kenderaan, bukannya harga kenderaan itu sendiri.

Skim itu akan bermula pada Januari 2021 untuk tempoh tiga tahun.

Selain dari itu, Singapura juga mengumumkan akan meningkatkan stesen caj untuk EV dari 1,600 stesen sekarang kepada 28,000 stesen menjelang 2030.

Singapura turut mengumumkan bahawa semua kenderaan di negara itu akan berhenti menggunakan kenderaan berenjin biasa dan akan bertukar kepada yang menggunakan tenaga bersih menjelang tahun 2040.

Skim Pengeluaran Asap Kenderaan (Vehicular Emissions Scheme atau VES) itu sebenarnya telah diperkenalkan semenjak tahun 2018 di mana ia memberikan rebat kepada pembeli kereta awam atau operator teksi sehingga S$20,000 dan S$30,000.

Malaysia pula sudah memberikan insentif tersebut sejak tahun 2014 lagi. Insentif itu ialah dari segi pengurangan cukai untuk kenderaan bertaraf EEV yang dipasang di dalam negara.

*Laporan diambil dari TodayOnline.com

 


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Setiap dron itu adalah seberat 10 kg dan tempoh ujian ialah selama tiga setengah bulan. Airobotics…
Berita Domestik
Beberapa perubahan telah dilakukan seraya dengan penyambungan projek ini. Sistem RTS Link ialah…
Informasi
  "Berdasarkan kepada perjanjian Singapura-Malaysia, nisbah (kos) ialah 61:39, lebih kurang…