Singapura ada "vending machine" jual kereta mewah macam jual Hot Wheels!

oleh SALINA JALIL|
Proses membeli kereta di Singapura menelan belanja yang besar tetapi ia juga memberikan kepuasan tersendiri khususnya bagi penggemar kereta.


Lebih-lebih lagi, jika ia kereta yang diidam-idamkan.


Bagi sebuah butik kereta mewah, Autobahn Motors, jawapannya adalah dengan menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

'VENDING MACHINE' PALING BESAR, MAHAL DI DUNIA

 

Bangunan pameran Autobhan di Jalan Kilang, Singapura ini beroperasi seperti sebuah 'vending machine' atau mesin layan diri.

 

Malah jika anda melihat sekali pandang, anda pasti setuju jika ia digelar sebagai mesin layan diri terbesar dengan isi kandungan yang dijual antara yang paling mahal di dunia.

 

Bangunan setinggi 15 tingkat itu bukan menyediakan makanan ataupun minuman tetapi sekitar 60 kereta mewah.


 

Idea membina bangunan sedemikian datang daripada kotak mainan 'Hot Wheels', kongsi Pengurus Besar Autobahn Motors, Gary Hong.

 

Sama seperti konsep mesin layan diri tradisional, para pelanggan mula dengan melihat 'menu kereta' yang ditawarkan.

 

Dengan tekan satu butang sahaja, kereta yang ingin dilihat atau dibeli, diturunkan secara automatik.

 

 

Kereta-kereta yang 'disajikan' termasuk kereta klasik berharga S$10 juta - Mercedes 500k Roadster yang dibuat pada tahun 1936, Ferrari 488 GTB yang dijual pada harga sekitar S$710,000 dan Mercedes SL65 AMG Black Series yang boleh dipandu pulang dengan bayaran sekitar S$400,000.

 

Daripada pemerhatian BERITAmedicorp, terdapat sekitar lima butik kereta yang menawarkan konsep berbeza di Singapura bagi gaya hidup golongan mewah jika mahu membeli kereta cukup eksklusif dan mahal-mahal belaka.

 

 

 

Hong berkata: "Pengkhususan kami lebih kepada kereta gaya hidup dan kereta Eropah, tapi juga cinta kami kepada kereta-kereta klasik. Jadi kami juga menjual kereta klasik lama yang unik.

 

"Jadi kami carikan untuk para pelanggan dan cadangkan kepada mereka. Kadangkala kami juga gunakan naluri kami untuk sarankan kereta yang adakalanya pelanggan langsung tidak terfikir tapi kami sarankan."

 

 

SUDAH MEMILIKI SEMBILAN KERETA SPORT SEBELUM INI

 

Antara pemilik dan peminat kereta mewah jenis 'sports' di Singapura ialah Aaron Rylan Keder, seorang usahawan yang memiliki beberapa perniagaan termasuk syarikat binaan, pembersihan dan F&B.

 

aaron
Aaron Rylar - gambar dari Facebook beliau

 

 

Beliau juga adalah pengasas dan pengarah syarikat reka bentuk ARK-hitecure.

 

Mula bergelar jutawan muda pada usia 24 tahun, Aaron yang sekarang berusia 32 tahun kini memiliki kereta sport beliau yang kesembilan, iaitu Lamborghini Aventador.

 

Lebih menarik lagi, minatnya terhadap kereta sport sebenarnya bermula semasa kecil lagi yang mana beliau menabung duit jajan diberi ibunya untuk membeli kereta mainan Tamiya.

 

Kereta pertama yang beliau beli merupakan jenis Toyota Celica.

 

 

"Permulaan dapat rasa kereta sport. Jadi saya mempunyai Toyota Celica selama dua tahun. Selepas kereta Jepun, saya fikirkan kereta Jerman. Jadi saya berminat dengan kereta BMW Z4. Saya memandunya selama setahun setengah.

 

"Selepas itu saya mempunyai kereta Maserati, kereta Itali pula. Selepas Maserati baru saya dapat rasa Lamborghini pertama saya iaitu Lamborghini Gallado. Gallado itu saya gunakannya setahun lebih juga. Mempunyai jenama kereta secara bertahap-tahap memberi saya perangsang untuk kerja lebih hebat dan penuh bersemangat. Ia memberi motivasi kepada saya untuk bekerja lebih keras untuk membeli kereta lebih baik," ujar Aaron.

 

Lamborghini Aventador milik Aaron berharga S$600,000.

 

Selain rim tayar sebesar 20 hingga 21 inci, model Lamborghini itu juga lebih lebar, menggunakan enjin V12 yang mampu membuatnya mencapai kelajuan maksimum 350 kilometer sejam.

 

Minat beliau dalam kereta sport juga dikongsikannya melalui saluran YouTube yang baru dimulakan.

 

 

 

- adakah konsep ruang pameran Autobhan ini akan wujud di negara kita? sama-sama kita nantikan  - 

 

 

 

MediaCorpSingapura

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada media Jerman, Menteri Pengangkutan Volker Wissing menjelaskan langkah…
Berita Global
Pegawai polis yang sedang memandu kereta peronda di A70 Autobahn menyedari bahawa seorang lelaki di…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…