Singapura: 34 pengayuh basikal disaman; menteri kaji perlu lesen untuk basikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Seramai 34 orang pengguna basikal ditahan sewaktu operasi dua hari yang bertumpu kepada pengguna basikal yang tidak menurut undang-undang Ahad lepas.

Menurut The Straits Times, Perbadanan Pengangkutan Darat (LTA) bersama polis trafik negara tersebut telah melakukan operasi itu di Ayer Rajah Expressway, West Coast Highway, Bukit Timah dan Tanah Merah Coast Road.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut LTA lagi, kebanyakan pengguna basikal menghormati undang-undang tetapi mereka menahan 16 yang tidak menggunakan topi keledar.  Dua pengguna basikal ditahan kerana melawan arus dan 16 lagi ditahan kerana melanggar lampu merah.

LTA berkata agensi itu gembira kerana semakin ramai yang menggunakan basikal tetapi berharap agar mereka menekankan keselamatan.

Sebelum itu, beberapa selebriti termasuk ketua eksekutif Temasek, Ho Ching setuju lebih banyak kawalan diperlukan untuk pengguna basikal.

Pelakon Tay Ping Hui juga menyarankan kerajaan Singapura mendaftarkan semua basikal selepas beliau melihat pengguna basikal semakin kerap melanggar undang-undang trafik.

Menteri Kanan Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat juga telah mengumumkan bahawa sebuah panel telah dibuat untuk mengkaji kemungkinan basikal-basikal memerlukan lesen atau tidak.

* Laporan penuh di The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
Oleh sebab itu di Jepun, syarikat pengeluar motosikal Kawasaki (ya, Kawasaki!) telah memperkenalkan…
Informasi
  Dalam samannya, Ernest telah memfailkan tuntutan terhadap Majlis Bandaran Sungai Siput, Pejabat…