SUV berkenaan didatangkan dengan aksesori luaran Black Edition R Line merangkumi kemasan warna hitam pada bahagian perumah cermin, spoiler, rim 19-inci, rel bumbung, jalur tepi pintu dan diffuser belakang.
Pada bahagian dalaman pula, aura kabin mewah diserlahkan menerusi kemasan kulit Vienna dengan padanan warna hitam.
Sistem hiburan didatangkan dengan paparan skrin sentuh TFT 9.2 inci dengan sambungan aplikasi dan navigasi binaan dalam serta pemain DVD dan slot kad memori SD.
Lebih menarik, pada bahagian belakang kerusi depan tersedia meja boleh lipat untuk kegunaan penumpang belakang meletakkan barang.
Sistem keselamatan penumpang untuk Tiguan didatangkan dengan enam buah beg udara, Program Kestabilan Elektronik (ESP), Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Regulator Anti Slip (ASR), Electronic Lock Differential (EDL) dan Kawalan Tork Drag Enjin (EDTC), bantuan parkir, Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), dan cagak ISOFIX.
Di Singapura, ia dijual pada harga dijual pada harga SGD $193,400 (RM580,200).