Singapore Motorshow 2019 - Subaru Forester e-Boxer diperkenalkan, enjin Boxer dengan bantuan sistem mild-hibrid

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi acara Singapore Motorshow yang berlangsung pada ketika ini, Subaru mengambil kesempatan untuk memperkenalkan varian hibrid kepada SUV Forester, Subaru Forester e-Boxer.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dikuasakan oleh enjin bentangan boxer 2.0 liter 143 kuasa kuda dan 188 Nm daya kilas, ia yang digandingkan dengan motor elektrik yang mampu menjana daya kilas secara keseluruhannya 253 Nm. 

Mekanisme dual-engine yang digunakan pada e-Boxer ini terdiri daripada pek bateri lithium-ion yang diletakkan pada bahagian belakang kenderaan. 
 


Sistem ini akan diaktifkan ketika kelajuan rendah bertujuan untuk menjimatkan penggunaan petrol, dan memberikan daya tujahan tambahan ketika fasa pecutan. 

Walaupun ia menerima sistem mild hibrid e-Boxer, Subaru Forester tidak mengorbankan keselesaan para penumpang, terima kasih kepada penggunaan platform Subaru Global Platform yang direka sejak dari awal bagi menampung varian trenkuasa konvensional, hibrid, plug-in hibrid dan elektrik. 


Ini memberikan Subaru Forester ruang kabin dan kargo yang amat luas, iaitu sekitar 500 liter, sesuai untuk kegunaan seharian. 

Ciri bantuan pemanduan EyeSight juga didatangkan sebagai standard terdiri daripada brek pra-perlanggaran automatik, pengurusan terotel pra-perlanggaran, kawalan jelajah adaptif, lead vehicle start alert, pelepasan lorong dan lane sway warning, yang mana ciri ini akan hadir ke pasaran Malaysia di dalam masa terdekat. 


Kami telah diberi peluang untuk menguji perbandingan prestasi di antara Subaru Forester e-Boxer bersama pesaing model hibrid terdekat di Singapura seperti Toyota C-HR hibrid dan juga Honda Vezel hibrid. 

Nantikan laporan penuh daripada kami. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Global
Sebaliknya, Forester STI Sport ini menampilkan rupa paras yang lebih sporti, serta penggunaan…
Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…