Singapore Motorshow 2019 - Mazda perlihatkan Mazda3 sedan serba baharu

oleh Mohamad Hanif|
Kurang daripada tiga bulan diperkenalkan secara rasmi di persada dunia, sedan terbaharu Mazda3 akhirnya membuat kemunculan secara rasmi di Singapore Motorshow 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Seperti yang anda semua saksikan, sedan ini masih meneruskan bahasa rekaan Kodo Mazda yang serba minimalis memberikan rupa luaran yang tetap elegan. 
 


Antara perubahan ketara yang boleh dikesan ialah gril hadapan yang lebih besar, serta penampilan lampu utama di bahagian depan dan belakang juga lebih menipis berbanding model terdahulu.

Ini merupakan sedan pertama yang menggunapakai platform Skyactiv-Vehicle Architecture yang menjamin ruang kabin yang lebih luas, terima kasih kepada penggunaan sistem torsion beam di bahagian belakang. 
 


Memasuki ruang dalaman, bahagian papan pemuka pula lebih ringkas tanpa kehadiran butang yang menyemakkan, dan turut kelihatan di bahagian tengah yang menampilkan skrin multimedia bersaiz 8.8 inci MZD Connect. 
 


Setakat ini tiada sebarang berita berkenaan kemasukan rasmi model sedan baharu tersebut ke mana-mana pasaran di Asia Tenggara dalam masa terdekat. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Awal tahun lalu, kami ada melaporkan penampilan secara rasmi sedan segmen C baharu daripada Mazda,…
Pelancaran
Menggantikan Ducati Hypermotard 939, Ducati Hypermotard 950 masih lagi mengekalkan karakter dengan…
Pelancaran
SUV berkenaan didatangkan dengan aksesori luaran Black Edition R Line merangkumi kemasan warna…