Singapore Motorshow 2019 - Ducati Hypermotard 950 dilancarkan secara rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar motosikal ternama dari Itali, iaitu Ducati mengambil peluang bersempena acara Singapore Motorshow 2019 untuk melancarkan Ducati Hypermotard 950.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggantikan Ducati Hypermotard 939, Ducati Hypermotard 950 masih lagi mengekalkan karakter dengan elemen dan ciri Hypermotard 1100 supaya tampak lebih agresif, selain lebih ringan dan dilengkapi teknologi yang lebih moden. 

 


Ducati Hypermotard 939 masih mengekalkan penggunaan enjin Ducati Testastretta 11° bersesaran 937cc yang berkuasa 114 hp dan daya kilas 96 Nm pada putaran enjin 7,250 rpm. 

Enjin baharu yang lebih ringan 1.5kg itu kini memiliki kuasa output juga lebih 4hp berbanding model sebelum ini. 
 


Posisi tunggangan dipertingkatkan supaya memberi kawalan dan pengalaman lebih baik, sisi profil lebih tajam dan tempat duduk penumpang lebih rata untuk meningkatkan keselesaan.

Antara ciri lain yang turut dimuatkan ialah lampu nyalaan siang (DRL), pemijak kaki yang boleh ditanggal dan soket kuasa USB.

Jentera ini turut didatangkan dengan mod tunggangan yang boleh dipilih, sistem Bosch Cornering ABS, Kawalan Cengkaman Ducati (DTC) EVO dan Kawalan Wheelie Ducati (DWC) EVO.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Awal tahun lalu, kami ada melaporkan penampilan secara rasmi sedan segmen C baharu daripada Mazda,…
Pelancaran
SUV berkenaan didatangkan dengan aksesori luaran Black Edition R Line merangkumi kemasan warna…