Singapore Airlines beli tujuh pesawat kargo A350

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Airbus
Airbus SE telah memuktamadkan perjanjian untuk menjual tujuh pesawat kargo A350 kepada Singapore Airlines (SIA), Ia menerusi perjanjian yang akan menjadikan ia sebagai syarikat penerbangan pertama mengendalikan model baharu itu, lapor Reuters.


Singapore Airlines pada Di­sem­ber lalu berkata, ia telah menandatangani perjanjian sementara untuk membeli pesawat kargo itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Goh Choon Phong berkata, pesanan itu menekankan kepentingan pasaran kargo kepada Kumpulan SIA.

 

“Pesawat generasi baharu itu akan meningkatkan kecekapan operasi kami dengan ketara dan mengurangkan pembakaran bahan api kami,” katanya dalam kenyataan.

 

Pesawat kargo baharu itu akan menggantikan tujuh pesawat Boeing 747 milik SIA yang sudah usang.

 

Airbus dan SIA bagaimanapun tidak memberikan nilai untuk pesanan yang ditandatangani di Pameran Udara Singapura itu.

 

Perjanjian tersebut membolehkan syarikat penerbangan itu menukar sebahagian daripada tempahan untuk 15 pesawat jet A320neo dan dua pesawat penumpang.

 

Pesawat penumpang itu ialah A350-900 yang sebelum ini ditempah da­ripada Airbus dan masih dalam proses penghantaran.

 

Sebanyak 17 pesawat itu bernilai AS$2.3 bilion, apabila kali terakhir Airbus menerbitkan harga pada 2018, kira-kira harga yang sama dengan anggaran nilai pesawat kargo ber­kenaan.

 

 

– AGENSI

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Boeing 777-8 Freighter merupakan kapal terbang kargo dwi-enjin jarak jauh terbesar di dunia, dan…
Model Terbaharu
Model elektrik sepenuhnya dari jenama British, Mini Cooper SE EV digambarkan sebagai sebuah 'kereta…