Sing Kwung Jidosha - pusat pameran 3S Mitsubishi pertama di Melaka dengan identiti korporat baharu

oleh Mohamad Hanif|
Pusat Pameran bertaraf 3S (Jualan, Servis dan alat ganti) Mitsubishi yang dikendalikan oleh Sing Kwung Jidosha kini merupakan pusat pameran Mitsubishi pertama di Melaka yang menampilkan identiti korporat baharu Mitsubishi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Terletak di Jalan IMJ1, Taman Industri Malim Jaya, pusat pameran 3S ini merupakan sebahagian daripada 20 pusat pameran bertauliah yang membawakan rekaan identiti korporat Misubishi yang terkini selari dengan tagline global "Drive Your Ambition".

Dibina di atas tapak berkeluasan 10,000 kaki persegi, pusat 3S ini menempatkan kemudahan yang disediakan khusus buat para pelanggan Mitsubishi seperti ruang rehat, kemudahan Wifi, pusat servis dengan peralatan diagnostik termaju dan mampu menempatkan sehingga lima kenderaan pada satu-satu masa, serta fasiliti pusat badan dan cat.

Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO Mitsubishi Motors Malaysia berkata, "dengan imej jenama yang dipertingkatkan ini, ia melambangkan komitmen kami dalam mendahulukan pelanggan disamping menawarkan pengalaman yang tersendiri ketika berkunjung ke pusat pameran Mitsubishi.

Sehingga kini, MMM mempunyai kira-kira 50 buah pusat pameran di mana 45 unit daripadanya merupakan pusat 3S dan 51 outlet servis di seluruh Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
“Ayah menghantar kereta tersebut ke cawangan pusat kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan. “Pihak…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…