Sindiket kereta klon banyak di Perak

oleh Hamimah Hamid|
SINDIKET membawa masuk kereta klon dari Singapura dikesan berleluasa di Perak.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohammad Yusoff Abustan berkata, sindiket yang membawa masuk kereta buatan Jepun itu dikesan berlaku sejak 2015.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kereta-kereta ini sebenarnya kereta yang sepatutnya dilupuskan di negara itu selepas lima tahun, tetapi belum sampai lima tahun ada pihak yang membawanya masuk ke Malaysia.

“Mereka jual kenderaan terbabit kepada sindiket di sini dan kita dapat sita,” katanya.

Menurut Mohammad Yusoff, model kereta klon yang popular dan kerap di bawa masuk ke Malaysia ialah Toyota Wish.
 
Katanya, setakat ini 292 kenderaan yang dibawa masuk dari Singapura telah disita.
 
Ujar beliau, 141 buah daripadanya telah dilelong manakala baki dalam proses untuk dilupuskan.

Mohammad Yusoff berkata demikian kepada media selepas Majlis Lelongan Awam Bilangan 2/2022 Di JPJ Ipoh hari ini.
 
sebanyak 47 kenderaan sita atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 telah dilelong pada majlis itu dengan nilai keseluruhan jualan sebanyak RM550,000.