Sindiket jual road-tax palsu secara online tumpas

oleh HEZERI SAMSURI|
Aktiviti penjualan cukai jalan palsu secara atas talian tumpas selepas lima orang ditahan di Melaka dan Selangor pada Selasa dan Rabu lalu.

Kelima-lima individu itu, termasuk dua orang wanita disyaki terbabit di dalam sindiket tersebut dan penahanan telah dilakukan dalam Operasi Morten oleh Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, dibantu oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Jasin, Melaka dan Balai Polis Tanjung Sepat, Selangor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan Harian Metro, risikan mula dijalankan sejak 12 Jun lalu selepas menerima maklumat berkaitan aktiviti tersebut.

Suspek pertama berusia 42 tahun dan bekerja sebagai penternak ayam itu ditahan di Bemban, Melaka bersama isteri dan anak saudara isteri yang turut ditahan kerana cuba menyembunyikan telefon bimbit, pencetak, pemotong kertas dan komputer riba ketika operasi tersebut dilakukan.

Suspek kedua dan ketiga yang lebih bertindak sebagai orang tengah ditahan di Tanjung Sepat, Selangor.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata cukai jalan yang dihasilkan itu adalah gred A kerana hampir sama dengan yang tulen.

Laman Facebook dan Instagram menjadi platform utama pemasaran kerja haram mereka dan kebanyakan pembeli adalah pemilik kenderaan klon.

* Imej utama dari Harian Metro
Untuk laporan lengkap, lawati Harian Metro di pautan di bawah.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/06/467181/cetak-cukai-jalan-palsu-gred?fbclid=IwAR1jS6EoUMdumvIL-Z5sWRGdzjwbkzWtCHF-GeFJmwvclbJ0pUAB4ZlJf_A


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan fungsi baharu itu akan memudahkan urusan orang awam…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Negara, baru-baru…
Hezeri Samsuri
"Kami faham isu lesen kenderaan dan LKM digital tetapi sampai geran kenderaan pun tak dapat dicetak…