Sindiket jual kereta curi RM250 - RM500 untuk "spare parts"

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kereta 'piang' hanya dijual pada harga RM250 sehingga RM500 untuk dileraikan sebelum komponennya dilerai pihak ketiga.


Itu tindakan sindiket curi kenderaan yang mensasarkan kereta penduduk di daerah Rawang untuk dicuri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Namun, aktiviti haram itu tidak bertahan lama selepas tiga lelaki berusia 25 hingga 38 tahun ditahan antara 3 Januari hingga semalam di sekitar Rawang.

 

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, penahanan suspek susulan laporan polis dibuat lelaki berusia 40-an selepas Honda Ferio miliknya hilang 5 Oktober lalu.

 

"Hasil risikan, anggota Balai Polis Rawang menahan suspek pertama di pekan Rawang dan merampas beberapa keping kad Touch 'n Go yang mencurigakan jam 2 pagi, pada 2 Januari lalu.

 

"Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki di sebuah bengkel haram di flat di Rawang Perdana, jam 5.30 petang ketika sedang meleraikan komponen Honda Ferio," katanya pada sidang media di Balai Polis Rawang semalam.

 

Menurut beliau, selain itu, pihaknya turut menemui tiga kereta yang dilaporkan hilang di Rawang, Bukit Sentosa dan Jinjang sebelum ini.

 

"Kami juga merampas dua kereta yang sudah dikacau ganggu nombor casis dan enjin. Ia dihantar ke Jabatan Forensik untuk pengesahan," katanya.

 

Menurut beliau, pihaknya kini memburu Muhammad Fazli Subri atau dikenali sebagai Lie, 25, yang berasal dari Kampung Manik Urai Lama, Kelantan yang ada kaitan dengan sindiket terbabit.

 

Dalam perkembangan lain, polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam kes pecah rumah di Taman Seri Selayang, 4 Januari lalu.

 

Menurut beliau, suspek ditahan di sekitar Selayang kurang 24 jam selepas kejadian dilaporkan kepada polis.

 

"Mangsa yang berada di luar negara memaklumkan jirannya yang rumahnya dipecah masuk selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

 

"Pemeriksaan lanjut mendapati, sebuah Proton Saga dan dua motosikal berkuasa tinggi dilarikan suspek selain pelbagai barangan berharga di rumah mangsa," katanya.

 

Menurut beliau, suspek berusia 35 dan 40 tahun itu memiliki rekod jenayah lampau ditahan bersama kereta dan motosikal yang dilarikan.

 

"Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk rumah," katanya.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Van saya dilarikan oleh seorang lelaki yang menyewanya di Kuala Lumpur. Kemudian saya dapati ia…
Informasi
"SPRM baru menerima maklumat berkaitan kegiatan sindiket ini daripada sumber dan masa sama siasatan…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kegiatan tersebut…