Simulasi permainan Gran Turismo tempat Hayden Haikal berlatih untuk perlumbaan Vios Challenge

oleh Mohamad Hanif|
Baru berusia 14 tahun, susuk tubuh yang bernama Hayden Haikal sudah pun dibenarkan untuk bertanding di kalangan para pelumba yang lebih berpengalaman di dalam Kelas Sporting.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menghadapi sedikit kesukaran kerana bidang perlumbaan yang diceburi sebelum ini adalah berbeza daripada perlumbaan kereta saloon, sikap kecekalan yang ditunjukkan sedikit sebanyak menyerlahkan lagi kehadirannya bersama-sama para pelumba yang lain. 

Berikut merupakan isi kandungan temubual yang dijalankan bersama pemandu muda ini. 


Soalan: Bagaimanakah tahap penguasaan anda di dalam pengendalian kereta pada perlumbaan ketiga dan keempat kali ini?
Jawapan: Saya semakin biasa dengan keadaan tersebut, akan tetapi terdapat beberapa aspek yang masih perlu saya perbaiki seperti penukaran gear dan brek. 

S: Apakah perasaan anda ketika pertama kali berlumba di Terengganu?
J: Perlumbaan tersebut amat baik, namun saya masih perlu memberanikan diri untuk menguasai selekoh-selekoh utama. 

S: Anda bermula dari grid keempat (pusingan ketiga) akan tetapi berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat kelima. Apa yang berlaku?
J: Saya terlepas satu gear (mis-shift).
 


S: Perlumbaan kereta saloon sangat berbeza dengan go-kart. Bagaimana anda membiasakan diri dengan perbezaan tersebut?
J: Dari segi persediaan, tidak banyak sebenarnya. Mungkin kerana saya sudah terbiasa oleh kerana sudah enam tahun berlumba di dalam go-kart. 

Walaubagaimanapun, saya banyak menghabiskan masa bermain permainan simulasi seperti Gran Turismo, Project CARS dan F1 2018.

Menggunakan permainan Gran Turismo lebih dekat dan realistik kepada Vios Challenge yang saya hadapi buat masa ini. 

S: Hobi masa lapang anda?
J: Bermain permainan video. Saya amat suka Gran Turismo dan FIFA World Cup. 

 


S: Apakah perbezaan yang ketara antara go-kart dan perlumbaan kereta saloon?
J: Berlumba di dalam kereta sebenar adalah lebih selamat akan tetapi dari segi keyakinan, saya lebih gemar go-kart. 

Walaupun kelajuan di dalam kereta saloon adalah lebih pantas, namun saya tidak dapat perasaan yang serupa seperti mana saya berlumba go-kart.

S: Bagaimana pula dengan gerak kerja kaki anda (footwork)?
J: Semakin baik, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan.

S: Apakah harapan anda untuk perlumbaan kali ini?
J: Tempat lima teratas.

S: Adakah kami bersedia untuk peperiksaan PT3 tahun hadapan?
J: Ya, dan saya akan lakukan yang terbaik. 

 


Bekas juara dua kali di Malaysian Rotax Max ini bermula daripada grid keempat pada perlumbaan pusingan pertama dan berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat kelima daripada enam belas pelumba yang bertanding di dalam kelas Sporting. 

Namun, nasib tidak menyebelahi beliau apabila tidak sempat menghabiskan perlumbaan disebabkan insiden yang berlaku pada pusingan kedua. 
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Beliau berjaya memenangi perlumbaan pada hari pertama dan menduduki tempat ketiga pada hari…
Sukan Bermotor
Ini bukanlah perlumbaan antarabangsa pertama bagi Hayden, dia sebelum ini telah mempamerkan aksi…
Sukan Bermotor
Mengekalkan prestasi terbaik sepanjang permulaan hingga pengakhiran perlumbaan, Hayden kini berjaya…