Simpang masuk ke Lebuhraya GCE di Elmina ditutup bermula 27 April

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Prolintas Expressway Sdn. Bhd. (PESB) umum penutupan dua simpang masuk ke Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) di Elmina bermula 27 April 2024 bagi menambah baik aliran lalu lintas di kawasan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laluan yang akan ditutup ialah simpang masuk dari Elmina (Timur) menuju ke arah Rawang dan simpang masuk dari Elmina (Barat) menuju ke arah Shah Alam.

Menurut PESB, penutupan itu akan dilakukan secara percubaan dalam tempoh 3 bulan sehingga 26 Julai 2024 dan sekiranya langkah itu berjaya menambah baik aliran lalu lintas, PESB bercadang untuk membuat penutupan kekal.

Susulan penutupan itu, pengguna diminta untuk membuat pusingan U di bulatan yang terletak di kedua-dua arah untuk mengakses susur masuk ke arah Rawang atau Shah Alam.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila hubungi talian hotline PROLINTAS di 1800-22-8888 atau e-melkan kepada [email protected]