Simpang masuk ke Genting Highlands dari Kuala Lumpur di KM 36.5 ditutup

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hari ini bermula jam 11 pagi tadi hingga jam 4 petang, ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) telah menutup laluan simpang masuk ke Genting Highlands dari Kuala Lumpur di KM 36.5.

Penutupan tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan kecemasan Digi di kawasan tersebut.

Pengguna yang ingin ke Genting Highland boleh menggunakan laluan pusingan U selepas terowong Genting Sempah untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.

 

2

 

Menurut pihak ANIH Berhad, mereka akan membuka laluan tersebut mengikut keadaan sekiranya perlu demi memastikan kelancaran trafik.

Untuk sebarang maklumat terkini, anda boleh ikuti kemas kini di Facebook Lebuhraya Pantai Timur serta Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia atau hubungi mereka di talian 1-700-818-700 (LPT) dan 1800-88-7752 (LLM).

 

Berita Berkenaan

Informasi
   "Bermulanya tengah hari  Selasa sehingga hari raya tiada lagi kerja-kerja penyelenggaraan di…
Informasi
  "Pihak kami dan JSPT Bukit Aman sudah maklumkan kepada pihak Anih bahawa kerja-kerja…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur…