Simpan kereta berbulan-bulan - apakah masalah utama? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Ada di antara kita yang terpaksa menyimpan kenderaan tersayang selama berbulan-bulan. Antaranya mereka yang terpaksa bekerja jauh dan kenderaan terpaksa ditinggalkan.

Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk kita menyimpan kenderaan untuk jangka masa yang lama dan apakah masalah atau musuh utama kenderaan anda?
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

1. Simpan di tempat yang berbumbung

  • Mahu atau tidak, menyimpan kenderaan di tengah panas terik selama berbulan-bulan akan menyebabkan kenderaan anda tua sebelum waktunya.
  • Selain dari panas terik matahari yang mampu mengeringkan cecair-cecair pada komponen-komponen mekanikal, sinaran UV juga akan merosakkan bahan-bahan bukan logam seperti tali sawat pemasa, getah pintu, getah wiper, penebat sistem elektronik dan pelbagai lagi.
  • Simpan di tempat berbumbung dan gunakan penutup kenderaan yang baik seperti Otaido contohnya kerana ia membenarkan udara untuk keluar masuk dan menghalang kejadian kenderaan berkuap.

 

 

2. Enjin perlu "ditutup"

  • Enjin mempunyai ruang udara untuk ia bernafas, bermakna ia mempunyai liang-liang kemasukan udara yang bakal membawa masuk wap air. 
  • Anda sepatutnya menutup liang kemasukan udara (air intake) dan juga corong ekzos - jika tidak ada sesiapa yang boleh menghidupkan enjin anda seminggu sekali.
  • Menghidupkan enjin seminggu sekali adalah cara terbaik kerana dengan cara itu, spring pada injap dan komponen lain boleh bergerak dan berputar.
  • Ia juga akan "membuang" udara lembap dari dalam enjin.

 

 

3. Gunakan pengecas bateri atau "battery tender"

  • Kenderaan sekarang penuh dengan kawalan elektronik, bermakna ia mempunyai ingatan atau "memory" yang disimpan.
  • Jika bateri dicabut keluar, bateri akan hilang caj dalam masa seminggu dua dan jika dibiarkan, bateri perlu diganti terus.
  • Cara terbaik ialah menggunakan pengecas bateri seperti Bosch C7 kerana ia mampu mengecas bateri 24 jam dan paling penting, menjaga kesihatan dan prestasi bateri. 
  • Sebenarnya, pemilik motosikal sudah lama menggunakan pengecas bateri kerana motosikal mereka ditunggang seminggu sekali dan harga bateri yang melambung menjadikan pengecas bateri adalah satu pelaburan yang sangat baik.
  • Anda boleh membeli Bosch C7 pada harga diskaun di pautan ini Auto2U.my

 

4. Bendalir brek dan transmisi automatik bagaimana?

  • Sekiranya anda mahu meninggalkan kenderaan anda selama bertahun-tahun, mengeringkan segala bendalir adalah terbaik.
  • Jika hanya tempoh setahun, tak perlu cuma anda disarankan untuk terus menukar benadalir itu bila anda kembali.

 

 

5. Gantungkan tayar dan sistem gantungan?

  • Ini juga satu cara terbaik supaya tayar tidak mengalami masalah "flat spot" atau rata di satu tempat kerana duduk statik terlalu lama.
  • Meletakkan kereta di atas jek juga memastikan sistem gantungan seperti pegas dan penyerap hentak berada dalam keadaan neutral.
  • Malangnya, ia bukan mudah untuk dilakukan.
  • Sekiranya anda meninggalkan kenderaan anda kurang dari 12 bulan, ini tidak perlu dilakukan, cuma pastikan tekanan udara tayar dipam lebih keras dari biasa (naikkan sebanyak 25 peratus dari biasa).

6. Jangan guna brek parkir

  • Cari batu bata dan masukkan gear automatik ke P. Brek parkir atau "handbrake" akan melekat jika ia ditinggalkan lama, terutama kenderaan-kenderaan Eropah.

 

 

7. Kabin macam mana pula?
Ada dua perkara berkaitan dengan kabin yang perlu anda jaga.

  • Pendingin hawa mempunyai penapis dan jika dibiarkan lama tanpa digunakan, kulat mungkin akan menyerang dan menyebabkan ia berbau hapak.
  • Cara terbaik ialah tutup liang kemasukan udara bagi sistem pendingin hawa dan cabut penapis sekali.
  • Masalah kedua ialah tempat duduk. Untuk yang menggunakan balutan fabrik, lap dan semburkan dengan pembasmi kuman seperti Febreze atau penyembur disinfektan Dettol.
  • Untuk yang gunakan balutan kulit, gunakan pengilat kulit yang mampu menjaga keadaan kulit itu. Cari bahan penjagaan kulit yang baik kerana musuh utama kulit ialah ia tidak boleh di dalam keadaan terlalu kering dan juga kondensasi yang akan menjadikan ia merekah.
  • Gunakan penghalang suria seperti Samurai untuk tingkap-tingkap bagi mengurangkan lagi kemasukan cahaya.Anda boleh beli Samurai dengan harga diskaun di pautan ini - Auto2u.my
  • Cara lebih baik ialah gunakan filem penapis haba yang berkualiti seperti Horus. Anda juga boleh dapatkan diskaun istimewa Horus di pautan ini - Auto2u.my