Sime Darby Swedish Auto Sdn Bhd dilantik sebagai rakan pengedar Volvo Car Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Volvo Car Malaysia mengumumkan pelantikan Sime Darby Swedish Auto Sdn Bhd (Sime Darby Swedish Auto), anak syarikat Sime Darby Berhad, sebagai rakan pengedar terbaharunya.



Pelantikan Sime Darby Swedish Auto sebagai rakan kongsi pengedar Volvo Car Malaysia bertujuan memperluaskan rangkaian pengedarnya di seluruh negara dan menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggannya, selaras dengan fasa kedua pelan transformasi jenama itu.


 

"Kami komited dalam pengembangan rangkaian pengedar kami untuk membolehkan para pelanggan kami mempunyai lebih banyak ruang pameran dan pusat servis yang lebih baik, selaras dengan usaha kami untuk memberikan pengalaman pelanggan terbaik dalam segmen premium automotif," kata Encik Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

 


Dengan latar belakang dan pengetahuan yang kukuh dalam segmen premium automotif, Sime Darby Swedish Auto mempunyai potensi untuk memenuhi wawasan jenama dan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama itu.

 


Jeremy Chong, Pengedar Utama Sime Darby Swedish Auto berkata, "Kereta Volvo telah menyaksikan kebangkitan semula dengan pengeluaran produk-produk yang menarik yang telah mengubah jumlah peminat yang semakin meningkat. Kami berbangga kerana dilantik sebagai rakan pengedar mereka." 

 


Lokasi Ara Damansara telah dipilih untuk menjadi Pusat Jualan 3S Sime Darby Swedish Auto (Sales, Service, and Spare Parts) dan akan beroperasi dalam beberapa bulan akan datang.

 


Maklumat lanjut mengenai perasmian pengedar baharu Volvo Sime Darby Swedish Auto di Damansara akan diumumkan kemudian. 

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Model generasi ketiga yang baharu sahaja diperkenalkan pada tahun lalu ditawarkan dalam varian…
Berita Domestik
  Pusat 3S Volvo baharu tersebut adalah milik Pekin Auto Sdn Bhd (Pekin Auto) yang terletak…
Berita Domestik
Pelantikan ini bakal menyaksikan pembukaan pusat pameran bertaraf 3S di Damansara bagi memberikan…