Sime Darby Swedish Auto lancarkan pusat 3S Volvo di Ara Damansara

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Swedish Auto Sdn Bhd, syarikat yang dilantik sebagai rakan-pengedar Volvo Car Malaysia pada Oktober tahun lalu, telah melancarkan Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) Volvo yang baharu, di Ara Damansara seiringan bersama di Sime Darby Motors City.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam kenyataan akhbar yang diberikan, mereka berkata pusat 3S yang mempunyai empat tingkat itu mempunyai ciri-ciri moden telah mendapat inspirasi daripada warisan budaya yang diilhamkan daripada jenama Scandinavia dan mematuhi standard runcit Volvo Car – Volvo Retail Experience.

 

“Ia adalah Pusat 3S yang pertama dilengkapi Studio Realiti Maya dan RATC (Reception at The Counter) Bay,” katanya.

 

Pusat 3S itu direka untuk memberikan pengalaman mewah gaya kontemporari, menampilkan bilik pameran dan pusat servis di aras bawah, lengkap dengan kawasan perincian kereta, yang terletak di aras dua dan tiga.

 

Zon penjajaran dan pengimbangan tayar terletak di aras empat dan semua ruang tempat letak kereta pelanggan akan turut dilengkapi dengan pengecas kenderaan elektrik.

 

Pusat itu akan menjadi bengkel pertama di Malaysia dilengkapi pendingin hawa sepenuhnya, dengan pasukan selepas jualan berkemahiran tinggi seramai 18 orang, 14 di ruangan baik pulih dan servis, manakala dua khusus bagi RATC Bay. 

 

volvo

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…