Sime Darby, Porsche mulakan pemasangan Cayenne, operasi CKD pertama di luar Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby dan Porsche hari ini secara rasmi memulakan operasi pemasangan tempatan bagi model SUV Cayenne di Kulim, Kedah, sekaligus menjadi lokasi pertama operasi CKD di luar Eropah.

Model Cayenne versi pemanduan sebelah kanan yang dipasang di fasiliti ini hanya dikhususkan untuk pasaran Malaysia sahaja.

Dengan adanya fasiliti pemasangan tempatan ini, ia membuktikan komitmen Porsche terhadap pasaran Malaysia serta rantau ASEAN, selain menunjukkan dedikasi Sime Darby dalam mengembangkan keupayaan pemasangan bernilai tinggi sebagai satu elemen kritikal untuk pertumbuhan perniagaan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad Group, Dato' Jeffry Salim Davidso berkata, "kami amat berbesar hati dengan kepercayaan yang berterusan Porsche terhadap Sime Darby, dalam masa yang sama kami menawarkan produk yang konsisten dengan piawaian tertinggi Porsche di dalam kualiti, prestasi dan pengalaman pemanduan.
 

Sime Darby


"Fasiliti yang dikendalikan 100 peratus rakyat Malaysia yang pakar, bukan sahaja menyokong pertumbuhan perniagaan kami di seluruh rantaian nilai automotif di Malaysia, malah ia juga turut mencipta peluang pekerjaan bagi memperkasakan komuniti tempatan.

Dalam pada itu, ahli lembaga eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche AG, Detlev von Platen berkata, "hari ini kami telah meraih pencapaian baharu dengan melancarkan Cayenne pertama pemasangan tempatan, sekaligus memenuhi impian kereta sports bagi setiap para peminat Porsche di Malaysia.

"Strategi pertumbuhan kami memperlihatkan kepentingan Malaysia terhadap Porsche dalam usaha untuk mengembangkan lagi kehadiran kami di rantau ASEAN. Selain itu, ia juga menunjukkan keyakinan kami terhadap Sime Darby sebagai rakan perniagaan kami yang kuat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak perasmian kemudahan pemasangan tempatan pertama untuk Porsche di luar Eropah pada Mac 2022,…
Berita Domestik
Penambahbaikan baharu itu menekankan lagi komitmen Sime Darby terhadap alam sekitar, dimana ia…
Sukan Bermotor
Pasukan itu akan diwakili oleh bekas pelumba Formula 3, Nazim Azman sebagai pemandu jentera pasukan…