Sime Darby Motors, TNB tandatangani MoU percepat penggunaan EV

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Motors baru-baru ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Tenaga Nasional Berhad dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama selama dua tahun itu adalah untuk meneroka pelbagai inisiatif yang mampu mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik, selain memastikan rangkaian infrastruktur pengecasan EV yang lebih cekap disediakan.

Selain itu, mereka juga menyasarkan untuk melihat insiatif cekap tenaga dan tenaga yang boleh diperbaharui bagi mengoptimumkan kos infrastruktur pengecasan EV dan mengurangkan pelepasan karbon.
 

TNB


Menurut Dato' Jeffri Salim Davidson selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd berkata, "kami mempunyai cita-cita EV yang sangat jelas, dan penglibatan TNB adalah sangat kritikal dalam memastikan matlamat kami dapat dicapai di Malaysia, dan membantu kami mencapai sasaran portfolio produk cekap tenaga menjelang 2025 dan menjadi peneraju EV di Asia Pasifik.

Menerusi kerjasama ini, TNB akan menyediakan bekalan elektrik untuk ekosistem pengecasan EV berdasarkan kawasan geografi yang dipersetujui bersama dengan SDM Malaysia, selain menawarkan solusi yang boleh mengoptimumkan kos eleketik, dan menyokong sumber tenaga hijau dan mampan dalam mengurangkan pelepasan karbon.

Dalam pada itu, pihak SDM Malaysia juga turut menjalankan beberapa usaha seperti meningkatkan kemahiran tenaga kerja juruteknik selepas jualan bagi memastikan mereka dilatih sebaiknya untuk mengendalikan kenderaan canggih ini, selain menggalakkan lagi percambahan penggunaan EV di sini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…
Berita Global
PT Performance Motors Indonesia menandakan usaha pertama Sime Darby Motors di Indonesia, sekaligus…
Berita Domestik
Detik bersejarah itu diraikan bersama-sama 1,000 orang pemilik pertama BYD di dalam satu majlis…