Sime Darby Motors tembusi pasaran Indonesia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sime Darby Berhad kini memasuki industri automotif pasaran Indonesia melalui PT Performance Motors Indonesia, yang merupakan usaha sama antara anak syarikatnya Sime Singapore Ltd. dan Galeon Group.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PT Performance Motors Indonesia menandakan usaha pertama Sime Darby Motors di Indonesia, sekaligus mewujudkan cabang automotif baharu Sime Darby Berhad di Jakarta dan Medan, melalui dua pengedar yang mewakili BMW dan MINI.

Usaha tersebut bakal membantu pengembangan usaha sama ke wilayah lain di Jawa dan Sumatera bersama BMW Group berusaha bagi meluaskan rangkaian mereka di Indonesia.

Menurut CEO kumpulan Sime Darby Berhad, Dato’ Jeffri Salim Davidson, usaha sama itu merupakan sebahagian dari strategi untuk mengembangkan lagi operasi automotif mereka di Asia Pasifik.

Beliau berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Galeon Group untuk merealisasikan rancangan pengembangan kami. Galeon, telah berkecimpung dalam perniagaan automotif sejak 1989, mempunyai kepakaran kritikal dan pemahaman tentang dunia automotif tempatan,”
 
“Kami menghargai kepercayaan BMW Group terhadap Sime Darby Motors, dan kami berharap untuk terus berkembang dengan BMW Group Indonesia sebagai rakan kongsi strategik, dan bekerjasama rapat untuk mengembangkan Jenama BMW dan MINI di Indonesia.”

Ketua Galeon Group, Leonel Gozali turut menyatakan bahawa usaha sama dengan Sime Darby itu akan membantu meningkatkan petumbuhan jenama termasuk MINI untuk pasaran Indonesia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…
Berita Domestik
Detik bersejarah itu diraikan bersama-sama 1,000 orang pemilik pertama BYD di dalam satu majlis…
Berita Domestik
Perjanjian Pengedaran tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan Pengedaran dan Runcit Sime Darby…