Sime Darby Motors lancar program pemilikan inovatif EMAEP

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Motors hari ini mengumumkan program pemilikan inovatif Employee Mobility at Ease Program (EMAEP) yang terbuka kepada semua pekerja Sime Darby Berhad dan subsidiarinya di Semenanjung Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di bawah program EMAEP ini, para pekerja Sime Darby boleh menikmati kemudahan memiliki kenderaan tanpa perlu menghadapi kerumitan yang biasa dihadapi oleh pemilikan kenderaan tradisional.

Bayaran bulanan tetap itu bukan sahaja merangkumi kos kereta, malah turut meliputi kos insurans, cukai  jalan, penyelenggaraan serta penggantian barang pakai lusuh, selain melindungi pekerja daripada susut nilai yang teruk di luar kawalan pemiliknya.  

Setelah tempoh satu tahun, para pekerja Sime Darby diberikan kebebasan untuk menukar atau naik taraf kepada model yang berbeza setelah memulangkan kereta tersebut kepada Sime Darby Auto Selection.

Sime Darby Auto Selection (simedarbyautoselection.com.my) menawarkan sehingga 300 unit kenderaan terpakai yang berkualiti yang tidak terhad kepada jenama francais yang dinaungi oleh Sime Darby Motors.

Selain itu, pengguna juga boleh menetapkan temujanji pemeriksaan kenderaan, servis, tempahan pandu uji, serta mendapatkan promosi terbaharu menerusi laman web tersebut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…
Berita Global
PT Performance Motors Indonesia menandakan usaha pertama Sime Darby Motors di Indonesia, sekaligus…
Berita Domestik
Detik bersejarah itu diraikan bersama-sama 1,000 orang pemilik pertama BYD di dalam satu majlis…