Sime Darby Motors beraksi cemerlang di anugerah COTY 2019

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Motors memulakan dekad baharu dengan gemilang apabila tiga jenama kenderaan di bawahnya dinobatkan sebagai pemenang-pemenang di Malaysia Cars of the Year 2019 Awards (Anugerah COTY 2019) yang ke-18.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikutan pengiktirafan dan prestasi keseluruhan cemerlang tahun lepas, model-model jenama Ford, Hyundai dan Porsche yang telah dilancarkan dari November 2019 hingga 2019 telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori masing-masing.

 


Sebanyak 125 kenderaan telah disenarai pendek untuk 19 kategori dan satu untuk Anugerah Kereta Terbaik Keseluruhan.

Jenama-jenama kenderaan di bawah Sime Darby Motors yang menerima anugerah-anugerah adalah:

  • Sime Darby Auto ConneXion-Ford dalam segmen ‘Pikap Trak Twin Cab Terbaik’ (‘Pick Up Truck Twin Cab Car of the Year’) untuk Ford Ranger 2.0L XLT 10 Speed Auto.
  • Hyundai-Sime Darby Motors dalam segmen ‘Kereta Crossover Pertengahan & SUV 7-Kerusi Terbaik’ (‘Midsize Crossover & SUVs 7-Seater Car of the Year’) untuk Hyundai Santa Fe 2.2L Diesel.

 

 

  • Sime Darby Auto Performance dalam segmen ‘Kereta SUV Pertengahan Premium Terbaik’ (‘Premium Midsize SUVs Car of the Year’) untuk Porsche Macan.

Para pemenang disenarai pendek melalui proses penilaian yang teliti oleh panel bebas yang terdiri daripada sembilan juri dalam pelbagai industri termasuk pakar automotif, editor permotoran dan peminat permotoran.

Kriteria-kriteria yang dinilai termasuk kesepaduan dalam rekabentuk luaran dan dalaman, spesifikasi teknikal dan inovasi kejuruteraan, kecekapan tenaga dan kemesraan alam, nilai berbaloi dengan harga, prestasi dan pengalaman memandu keseluruhan kenderaan tersebut.

Untuk senarai anugerah dan pencapaian Sime Darby Motors dan jenama-jenama kenderaannya, sila
layari http://www.simedarbymotors.com/about-us/awards-and-achievements

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…
Berita Global
PT Performance Motors Indonesia menandakan usaha pertama Sime Darby Motors di Indonesia, sekaligus…
Berita Domestik
Detik bersejarah itu diraikan bersama-sama 1,000 orang pemilik pertama BYD di dalam satu majlis…