Karnival maya itu membawakan pelbagai jenis tawaran menarik, serta barangan percuma eksklusif seperti e-baucer Grab untuk 300 orang pengunjung unik pertama, pakej pemilikan yang menarik, serta nilai tukar milik yang tinggi.
Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menikmati ciri interaktif seperti live chat, pandu uji, tempahan dalam talian, muat turun kolateral, paparan video, dan pelbagai lagi di dalam satu laman web khas (www.simedarbymotorsgrandfinale.com).
Untuk golongan korporat pula, Sime Darby turut menawarkan program Sime Darby Motors Corporate Programme yang memberikan peluang kepada pengarah syarikat, pekerja dan suri rumah untuk menikmati diskaun sehingga 10 peratus daripada nilai pembelian yang disarankan apabila membuat pembelian daripada SDM Malaysia.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.simedarbymotorsgrandfinale.com atau dengan mengunjungi mana-mana cawangan Sime Darby Motors hari ini untuk membuat tempahan sementara stok masih ada.