Sime Darby lancar Ford Ranger XLT edisi khas, terhad 300 unit - RM143,888

oleh Firdaus Razani|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia, melancarkan Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas, dengan pelbagai ciri baharu yang dinaik taraf.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Model edisi khas ini meningkatkan lagi daya tarikan rangkaian Ranger yang popular ini, menggabungkan kejuruteraan canggih, prestasi bertenaga dan penampilan lasak untuk menawarkan pengalaman memandu yang unik bagi peminat trak pikup.

Ranger XLT Plus Edisi Khas menyerlah dengan penampilan yang agresif dan berani, dengan penambahbaikan luaran yang menonjolkan ciri praktikal dan daya tarikan visualnya.

 

ford

 

Fender flare Hitam Matte dan Sport Bar Hitam Matte memberikan penampilan yang lebih lasak, manakala Pelekat Sisi Matte Ranger dan Pelekat Sport Matte yang tersendiri pada hud menambah gaya sporty pada kenderaan.

 

ford

 

Plat pelindung LED Ranger juga memberikan sentuhan premium sambil melindungi bahagian sills pintu.

 

ford

 

Gril krom dan lampu depan LED melengkapi penampilan gah, manakala roda aloi 17 inci menyokong keupayaan untuk meredah pelbagai permukaan.

Ciri praktikal seperti Pull-out Cup Holders juga menyediakan kemudahan tambahan yang memenuhi keperluan pemandu dan juga penumpang.

 

ford

 

Ranger XLT Plus Edisi Khas ditawarkan dengan pilihan warna seperti Absolute Black dan Meteor Grey, ia melambangkan sebuah kenderaan lasak dengan perincian mewah.

Edisi Khas ini disokong oleh jaminan alat ganti sepanjang tempoh waranti kenderaan, memberikan ketenangan minda kepada pemilik.

 

ford

 

Untuk trenkuasa, Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas dipacu oleh enjin diesel dwi-turbo 2.0L yang menghasilkan kuasa output maksimum 210 PS dan 500 Nm tork.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik berkelajuan 10, menghasilkan pertukaran gear yang lancar dan responsif untuk prestasi yang lebih unggul di atas jalan dan luar jalan.

 

ford

 

Sistem Electronic Shift-On-The-Fly Ford (ESOF) meningkatkan kebolehsuaian kenderaan, menjadikan model Edisi Khas ini cukup tangkas di lebuh raya dan juga di atas permukaan yang mencabar.

Pada bahagian dalaman, ia dilengkapi dengan Fungsi Paparan Utama Skrin Sentuh Berbilang 10.1-inci dengan Wireless Apple Carplay™, Android Auto™, Bluetooth dan Pengecaman Suara, dan beberapa pangkalan USB, menjamin pengguna kenderaan sentiasa terhubung sepanjang perjalanan.

Manakala kawalan iklim dwizon membolehkan kedua-dua pemandu dan penumpang untuk menyesuaikan tetapan mengikut keselesaan masing-masing.

Ciri-ciri tambahan termasuk himpunan instrumen digital dan punca kuasa 12V, menambah lagi ciri praktikal kabin, menjadikan Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas pilihan serba guna bagi mereka yang menghargai gaya dan utiliti dalam kenderaan mereka.

 

ford

 

Ranger XLT Plus Edisi Khas dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang maju antaranya adalah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Roll Over Mitigation, Sistem Brek Aktif, Electronic Brake Distribution (EBD), dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) untuk memberikan pengalaman memandu di atas dan luar jalan yang selamat.

Dengan hanya 300 unit ditawarkan di Malaysia, Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas dijual pada harga daripada RM143,888 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, Manakala di Sabah dan Sarawak pada  RM149,388

 

ford

 

Sempena pelancaran ini, SDAC menganjurkan acara Ford Experience Hub di Setia City Mall dari 25 hingga 29 September 2024.

Pelanggan berkesempatan untuk melihat sendiri Ford Ranger XLT Plus Edisi Khas dan mengambil peluang untuk menikmati promosi pelancaran eksklusif.

Menerusi sistem tempahan dalam talian SDAC, seramai 20 pelanggan pertama yang berjaya membeli trak pikap eksklusif ini akan menerima ganjaran berupa baucar minyak sebanyak RM3,000 yang menjadikan nilai pembelian mereka lebih berbaloi.