Sime Darby labur lebih RM120 juta untuk Pusat 4S Auto Bavaria Balakong, mula operasi 2023

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Motos menerusi subsidiari Sime Darby Auto Bavaria Sdn Bhd hari ini melakar pencapaian baharu menerusi upacara pecah tanah bagi pembukaan pusat pameran 4S BMW bertempat di Balakong.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Majlis pecah tanah tersebut turut dihadiri dan dirasmikan oleh Pengarah urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser; Ketua Pegawai Kewangan Sime Darby Berhad, Mustamir Mohamad; Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan; Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan dan Prinsipal Pengedar Auto Bavaria Balakong, Azrul Azman.

Dengan pelaburan bernilai lebih daripada RM120 juta, Pusat 4S Auto Bavaria Balakong memiliki keluasan melebihi 243,342 kaki persegi dan terletak di lokasi yang strategik dan mudah untuk diakses berhampiran lebuh raya SILK.

Ia juga direka untuk menampilkan konsep BMW Retail NEXT yang terkini, selain dilengkapi dengan kemudahan selepas jualan yang menyeluruh merangkumi 30 ruang kerja yang produktif, pusat badan dan cat, serta BMW Premium Selection.

Pusat 4S Auto Bavaria Balakong ini bakal beroperasi bermula suku pertama tahun 2023, namun para pelanggan boleh melawat pusat pameran BMW sedia ada yang terletak di Jalan Tengah, Cheras Selatan 118.

Fasiliti dua tingkat berkeluasan 3,600 kaki persegi ini mampu memuatkan sehingga tiga kenderaan pameran pada satu-satu masa, ruang pelanggan di aras tanah, serta pejabat pentadbiran di tingkat satu.

Auto Bavaria merupakan kumpulan pengedar terbesar bagi jenama BMW di Malaysia, dan memiliki pengalaman lebih daripada 30 tahun di Malaysia.

Syarikat itu juga sebelum ini membawa pulang 39 anugerah pada BMW Dealer Awards Night 2019 dan dinobatkan sebagai penerima anugerah BMW Excellence Club Award dalam kategori berlian, di mana anugerah tersebut telah dimenangi selama sembilan tahun berturut-turut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di Sime Darby Motors City, akademi tersebut akan menjadi peneraju penting bagi usaha Sime…
Berita Global
PT Performance Motors Indonesia menandakan usaha pertama Sime Darby Motors di Indonesia, sekaligus…
Berita Domestik
Detik bersejarah itu diraikan bersama-sama 1,000 orang pemilik pertama BYD di dalam satu majlis…