Sime Darby Auto Selection, MyTukar jalin kerjasama strategik

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Selection (SDAS), sebuah subsidiari kenderaan pra-milik di bawah Sime Darby Motors telah menandatangani kerjasama eksklusif dengan platform pembidaan kereta dalam talian myTukar dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman perdagangan kenderaan pra-milik kepada para pengguna.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Kolaborasi dengan myTukar ini bakal memperluaskan lagi jaringan SDAS di seluruh negara, membolehkan akses kepada perolehan yang lebih meluas, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada para pelanggan.

SDAS sebelum ini bermula sebagai salah sebuah pengedar bertauliah BMW Premium Selection dan kini menjadi sebuah pengedar pelbagai jenis jenama untuk kenderaan pra-milik dengan tiga cawangan terletak di Lembah Klang dan satu di Johor Bahru.

Menurut Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Pengedaran dan Runcit Sime Darby Motors Malaysia berkata, "kami berazam untuk menjadi pengedar kenderaan pra-milik yang terbesar dan dipercayai di Malaysia, dan menerusi proses digitalisasi yang ditawarkan oleh myTukar mampu memastikan para pelanggan kami menerima nilai trade-in yang paling tinggi menerusi proses pembelian yang telus dan lancar.

CEO myTukar, Fong Hon Sum berkata, "myTukar amat teruja untuk memulakan perjalanan dengan Sime Darby Auto Selection, dan kami mengalu-alukan kehadiran mereka ke dalam platform kami.

"Saya percaya, dengan kerjasama ini akan mengukuhkan lagi visi kami dalam memberikan proses pembelian dan penjualan kenderaan yang lebih telus dan lancar pada masa akan datang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Acara tersebut bukan sahaja menawarkan servis jualan sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati…
Berita Domestik
Permulaan parodi drama tersebut dengan kisah drama keluarga Korea Makjang tentang cinta sebenar…