Sime Darby Auto Selection lancar Program Jaminan Lanjutan untuk kenderaan pra-milik

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Selection selaku pengedar kenderaan terpakai di bawah Sime Darby Motors telah melancarkan program jaminan lanjutan (Extended Warranty Program) untuk kenderaan pra-milik dengan kerjasama Guard My Ride (GMR) dan RHB Insurance.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Di bawah program baharu itu, para pemilik kenderaan pra-milik bakal menikmati pengalaman pemilikan yang lebih baik dengan perlindungan jaminan menyeluruh yang merangkumi beberapa perkara seperti enjin, gandar hadapan/belakang, sistem elektronik, kebocoran pelincir transmisi, sistem turbo, sistem brek, sistem pendingin hawa, sistem penyejukan, sistem pencucuhan, sistem bahan api dan sistem transmisi.

Selain daripada itu, program baharu ini juga menawarkan perkhidmatan menunda secara percuma kepada bengkel panel di seluruh negara untuk pembaikan, servis, perlindungan dan pengunderaitan insurans.

Kenderaan dengan jarak perbatuan bawah 140,000 km dan berusia kurang dari lapan tahun adalah layak untuk menyertai program ini dengan yuran serendah RM2,200 sehingga RM6,900 setahun bergantung kepada usia dan jenis kenderaan.

Program Jaminan Lanjutan ini boleh didapati di pusat pameran Sime Darby Auto Selection Glenmarie.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://simedarbyautoselection.com.my/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi kerjasama ini, ia dilihat mampu memenuhi permintaan aftermarket yang semakin berkembang di…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan HDSM, Low Yuan Lung menjelaskan, persepsi terhadap kereta Hyundai sebelum…
Berita Domestik
Di bawah program EMAEP ini, para pekerja Sime Darby boleh menikmati kemudahan memiliki kenderaan…