Sime Darby Auto ConneXion rangkul Anugerah Pengerusi 2020 daripada Ford Direct Market

oleh Mohamad Hanif|
Ford Direct Market baru-baru ini mengumumkan pemenang Anugerah Pengerusi dan Presiden – sebuah program bagi mengiktiraf rakan pengedar mereka yang mencapai kecemerlangan dalam memastikan kepuasan pelanggan dan operasi untuk tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Ini merupakan anugerah paling  berprestij oleh pengeluar kereta jenama Ford, berikan kepada rakan pengedar kami setiap tahun,” kata Randy Krieger, Presiden, Ford Direct Markets.

“Ini adalah cara kami mengiktiraf inisiatif dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan pada tahun sebelumnya, dan sebagai menghargai kesemua pemegang taruh kami atas usaha berterusan mereka dalam memastikan para pelanggan kami dilayan seperti keluarga, dan sentiasa berpuas hati, setia dan menjadi penyokong jangka panjang untuk jenama Ford dan Lincoln.”

Diperkenalkan secara  serantau  pada 2016, program anugerah tahunan ini menilai pengedar terutamanya dari segi tahap tertinggi mereka dalam memberikan kepuasan pelanggan secara keseluruhan (CVP) dan :

•    Tahap tertinggi kepuasan pelanggan jualan (CVP)
•    Tahap tertinggi kepuasan pelanggan servis (CVP)
•    Prestasi jualan terbaik (ASO)
•    Prestasi alat ganti terbaik (ASO)

 


Sejumlah lima belas rakan pengedar daripada unit perniagaan Direct Markets Ford yang luas meliputi American Samoa, Kamerun, Kambodia, Mesir, Fiji, Kuwait, Laos, Malaysia, Maghribi, Mozambique, Papua New Guinea, Qatar, Senegal, Tanzania dan  Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mendapat penghormatan ini.

Daripada lima belas anugerah tersebut, enam rakan pengedar -  Al Tayer Motors di  UAE, Al Mana di Qatar, ALJ Auto Jameel (LLC) di Mesir, InterAuto di Mozambique, Sime Darby Auto ConneXion di Malaysia dan Samoa Motors di American Samoa – telah membawa pulang anugerah yang menjadi rebutan iaitu Anugerah Pengerusi.

Anugerah Pengerusi yang begitu berprestij bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam menyediakan tahap terbaik kepuasaan pelanggan dalam jualan dan servis ini telah berjaya digondol untuk kali kedua oleh Ford Direct Market Malaysia, membuktikan bahawa ia adalah organisasi pengedar Ford yang terbaik di dunia.

Direct Market Ford terdiri daripada Direct Markets Timur Tengah, Afrika Utara, Sub-Sahara Afrika dan Asia Pasifik – Para pengedar di wilayah ini telah mempamerkan komitmen dan sumbangan yang cemerlang terhadap perniagaan Ford, dan bersama-sama membina produk dan servis yang diinginkan, dan melayan para pelanggan seperti keluarga.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian SDAC sebagai salah satu…
Berita Domestik
“Anugerah ini bukan sekadar penilaian berdasarkan hasil tinjauan, tetapi ia juga pengukur tahap…