Sime Darby Auto Connexion Lancar Chatbox Versi Beta Dengan Pilihan Bahasa Di Laman Web

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia melancarkan chatbot dalam versi beta di www.sdacford.com.my
seiring dengan laman automotif pertama dengan pelbagai pilihan bahasa! Inisiatif tersebut merupakan sebahagian dari usaha-usaha berterusan SDAC untuk berhubung bersama para pelanggan mereka dengan pendekatan yang mesra, pantas dan mudah.

“Kami ingin kekal relevan kepada para pelanggan dan percaya bahawa pendekatan baru ini akan menambah nilai kepada perkhidmatan pelanggan sedia ada kami ke peringkat seterusnya,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto Connexion. Kami berasa bangga untuk menghidupkan chatbot pertama kami bagi membantu para pelanggan kami pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada, menetapkan peringkat baru pengalaman pelanggan dalam perolehan maklumat mengenai kenderaan, perkhidmatan, bantuan dan perkara-perkara lain, dengan pantas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebelum ini, Chatbot tersebut hanya didatangkan dalam Bahasa Inggeris dan ia mampu melayan para pelanggan menerusi aplikasi yang mudah dan berbentuk bualan. Ini akan membolehkan para pelanggan memulakan perbualan ringkas serta melontarkan soalan-soalan yang kerap ditanya, yang akan dibalas dengan jawapan pantas oleh bot tersebut. Sebagai contoh, pelanggan boleh bertanyakan kepada chatbot tersebut “Di manakah pusat servis terdekat?”, “Apakah nombor panggilan untuk bantuan?” atau “Berapakah harga Ford Ranger XLT?”, dan mereka akan menerima jawapan yang mudah untuk difahami.

 

Ford website 3

 

Disamping pelancaran chatbot tersebut, laman web SDAC (www.sdacford.com.my) kini boleh diakses dalam pelbagai bahasa. Ia kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina ringkas selain laman web Bahasa Inggeris sedia ada, memberikan kemudahan para pelanggan bagi mereka yang lebih selesa melayari laman dengan bahasa pilihan.

 

Ford website 1

 

“Kami amat berbangga menjadi laman automotif pertama yang menawarkan pilihan bahasa di laman web bagi membolehkan pihak kami mempunyai penglibatan serta hubungan yang lebih efektif dengan pelanggan atas talian,” tambah beliau.

Pengunjung laman web tersebut boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan model-model kenderaan terbaru, berita dan pengumuman. Mereka juga boleh menempah sesi pandu uji, temujanji penyelenggaraan, dan banyak lagi di laman web tersebut.

Kunjungi www.sdacford.com.my untuk memulakan perbualan bersama chatbot kami dan lihat apa yang serba baru!

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…