Pengiktirafan itu merupakan hasil daripada kepuasan pelanggan pada tahap tertinggi, prestasi perniagaan dan inisiatif pelanggan yang cemerlang sepanjang tahun 2022.
Selain itu, SDAC turut menerima anugerah President’s Award for Sales dan President’s Award for Service untuk 4 tahun berturut-turut.
Kesemua pencapaian tersebut telah meletakkan SDAC sebagai pengedar dengan prestasi terbaik di antara 20 pengedar Ford di pasaran Ford Asia Pacific Distributor Markets (APDM).

Anugerah berprestij Henry Ford Excellence Award yang juga dikenali sebagai Chairman’s Award merupakan pengiktirafan tertinggi dalam program ganjaran dan pengiktirafan tahunan Ford.
Bagi melayakkan penganugerahan itu, pengedar perlu memenuhi beberapa syarat kriteria teras, iaitu pencapaian 100 peratus pada jualan kenderaan baharu dan sasaran jualan alat ganti.
Pengedar juga memerlukan skor sekurang-kurangnya 90 peratus masing-masing dalam jualan dan pelanggan perkhidmatan kepuasan.
Pengedar yang memenuhi prasyarat ini kemudiannya disenaraikan dari yang tertinggi hingga terendah mengikut jumlah gabungan jualan dan skor kepuasan pelanggan perkhidmatan mereka.

Ford juga mengambil kira sebarang inisiatif pengalaman pelanggan yang cemerlang, dimana akhirnya SDAC menerima anugerah untuk inisiatif Ford Ranger Getaways yang unik.
Ford Ranger Getaways ialah platform e-dagang pengembaraan berasaskan komuniti yang membawa bersama-sama dengan pemikiran yangsama, melalui satu siri pilihan pengembaraan tempatan, pelanggan boleh menemui fleksibiliti dan potensi penuh Ranger mereka.
Markah untuk anugerah tersebut turut diberi berdasarkan penilaian dikumpul daripada maklum balas pelanggan sebenar dan tinjauan kepuasan yang Ford lakukan dalam setiap satu pasaran pengedar.
Sejak tahun 2016 diperkenalkan, anugerah tahunan dan program pengiktirafan Ford menilai pengedar terutamanya pada tahap tertinggi kepuasan dan prestasi pelanggan keseluruhan mereka merangkumi kategori berikut:
- Tahap tertinggi terhadap kepuasan pelanggan dalam jualan
- Tahap tertinggi terhadap kepuasan pelanggan dalam perkhidmatan
- Prestasi jualan kenderaan baharu terbaik
- Prestasi jualan alat ganti terbaik