Sime Darby Auto ConneXion beri tawaran Hari Raya untuk Ford Ranger XL Double Cab dan XLT

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menawarkan pakej servis percuma selama dua tahun kepada pelanggan baharu Ford Ranger XL Double Cab (varian Automatik dan Manual) dan XLT generasi baharu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kempen Raya tersebut akan berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2023, dimana ia tersedia untuk jumlah unit terhad bagi kedua-dua model, serta untuk pembeli terawal.

Ranger XL Double Cab (AT dan MT) serta Ranger XLT generasi baharu dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo diesel yang menghasilkan kuasa maksimum 170 HP dan 405 Nm.

Sebelum ini, pilihan mod pemanduan hanya tersedia untuk model Ranger, kini, kedua-dua model generasi baharu itu datang standard dengan empat mod pemanduan iaitu Normal, Eco, Tow/Haul dan Slippery.

Kedua-dua model tersebut didatangkan dengan rekaan jeriji baharu bersama rekaan lampu depan berbentuk C, ia turut menerima pertambahan sebanyak 50 mm pada jarak roda.

Ia juga ditawarkan dengan teknologi terkini seperti skrin infotainmen 10.1 inci lengkap dengan Ford SYNC® 4A, serta meter instrumen digital bersaiz 8 inci yang memaparkan segala maklumat penting.

2

Untuk model Ranger XLT, ia ditawarkan pada harga RM129,888 di Semenanjung, dan RM135,388 untuk Sabah dan Sarawak.

Model Ranger XL pula Double Cab Manual pula ditawarkan pada harga RM108,888 di Semenanjung dan RM114,888 untuk Sabah dan Sarawak.

Manakala versi automatiknya ditawarkan pada harga RM113,888 di Semenanjung dan RM119,588 untuk Sabah dan Sarawak.

Selain itu juga, semua pembeli Ranger generasi baharu akan menjadi sebahagian daripada sebuah komuniti, Ford Inner Circle yang menghimpunkan individu dengan minat sama terhadap Ranger di Malaysia.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Ranger generasi baharu dan tawaran Hari Raya itu, sila layari laman sesawang Sime Darby Auto ConneXion.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada 2023, SDAC-Ford mencatatkan jualan pecah rekod tertinggi dengan 8,858 unit Ford Ranger dan…
Berita Domestik
Ia merupakan sebuah program yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang mendapat…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…