SIC, Yamaha umum kerjasama untuk MotoGP™ 2019 - PETRONAS Yamaha Sepang MotoGP™

oleh Mohamad Hanif|
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Yamaha Motor Company telah menandatangani perjanjian untuk penyertaan pasukan PETRONAS Yamaha Sepang MotoGP™ dalam FIM MotoGP™ World Championship 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mendapat tajaan sepenuhnya daripada PETRONAS, pasukan baharu ini bakal menampilkan Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo sebagai pelumba rasmi. 

SIC diwakili oleh CEO Dato Razlan Razali, manakala Yamaha Motor Racing pula diwakili oleh Lin Jarvis, Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing. 

 

 

Turut sama hadir dalam majlis tanda tangan perjanjian tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya; CEO Dorna, Carmelo Ezpeleta; Ketua Kumpulan MotoGP™ Yamaha Motor Company, Kouji Tsuya; Naib Presiden Pemasaran PETRONAS, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir; dan Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Puan Zahariah(Liza) Abdul Rahman. 

Di bawah perjanjian tersebut, Yamaha Motor Company akan menyediakan empat buah jentera lumba di samping bantuan teknikal kepada PETRONAS Yamaha Sepang MotoGP™ untuk musim perlumbaan 2019, 2020, dan 2021.

Berucap ketika majlis tersebut, YB Syed Saddiq mengucapkan tahniah kepada SIC, Yamaha dan juga PETRONAS atas penubuhan pasukan MotoGP™ dan berharap agar ia bukan sekadar melahirkan pelumba berprestij, malah ia turut membantu pembangunan yang menyeluruh di dalam bidang yang berkaitan. 

"Hakikat bahawa kita sudah mempunyai pasukan perlumbaan MotoGP ™ yang tersendiri menunjukkan minat yang besar oleh kerajaan dalam pembangunan sukan motorsport di negara ini dan SIC sebagai hab permotoran," ujar beliau. 

 

Menurut Dato Razlan, pasukan ini akan berpangkalan di Belgium dan menyasarkan untuk memberikan impak yang besar dalam musim pertama perlumbaan menerusi khidmat Morbidelli dan Quartararo. 

Walaupun perjanjian awal memperuntukkan hanya tiga tahun, Lin Jarvis berkata Yamaha akan terus memberikan komitmen sepenuhnya dan berharap akan terus berbuat demikian untuk tahun-tahun yang berikutnya di MotoGP™ World Championship. 

Ezpeleta dalam satu kenyataan melahirkan rasa teruja untuk mempunyai SIC sebagai kunci utama di dalam kelas premier, dan PETRONAS sebagai penaja utama untuk Yamaha Factory Racing beberapa tahun lalu untuk kembali sebagai rakan strategik dalam MotoGP™. 

Dorna juga amat berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh SIC di dalam sukan permotoran, sekaligus meningkatkan tahap popular acara tersebut sebelum mengambil tempat di Thailand Grand Prix musim ini. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…