SIC MiniGP 2020 buka tirai hujung minggu ini

oleh SALINA JALIL|
Bahang pusingan pertama SIC MiniGP 2020 di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) hujung minggu ini semakin terasa dengan 21 pelumba cilik akan berentap merebut gelaran.


Kejohanan sulung ini sebahagian daripada MAM SpeedWeek yang akan berlangsung sebanyak lima pusingan di SIKC sehingga Disember membabitkan peserta muda daripada lingkungan umur lapan hingga 13 tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Inisiatif dilakukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kerjasama ZK Racing kendalian ikon dua roda negara, Zulfahmi Khairuddin ini bakal menggunakan jentera BucciMoto BR-10 GP yang berkapasiti 110cc dan 160cc.

 

Kejohanan ini juga satu peralihan daripada arena 'pocket bike' ke jentera perlumbaan yang mempunyai rangka penuh bagi membolehkan pelumba muda memperoleh pendedahan awal sebelum ke peringkat lebih tinggi.

 

"SIC sentiasa mengalukan program akar umbi seperti Kejohanan SIC MiniGP yang berlangsung Ahad ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.

 

"Saya teruja untuk melihat pelumba muda kita beraksi. SIC ingin melahirkan lebih ramai bakat muda di masa akan datang melalui program ini dan pelapis baharu untuk saingan antarabangsa.

 

"Insya-Allah satu hari nanti, kita akan ada pelumba yang mampu mengibarkan Jalur Gemilang di podium dalam kejohanan berprestij MotoGP," tambahnya.

 

Berdasarkan keadaan semasa pandemik COVID-19, kejohanan akan berlangsung secara tertutup dan tanpa kehadiran penonton bagi memastikan risiko jangkitan wabak dapat dikurangkan.

 

Peminat sukan permotoran dua roda boleh mengikuti program penuh sesi kelayakan, Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 menerusi 'Facebook Livestream' di laman Facebook Kejohanan MiniGP SIC.

 

Sementara itu, Zulfahmi yang juga Pengurus Pasukan ZK Racing mengakui teruja untuk memulakan perlumbaan minggu ini.

 

"Saya berharap program ini dapat dijalankan secara sempurna dengan kerjasama SIC dan MAM (Persatuan Sukan Permotoran Malaysia) serta sokongan KBS (Kementerian Belia dan Sukan)," katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Dengan penganjuran dan crew-crew profesional, pastinya pelumba-pelumba dapat menimba ilmu untuk…
Sukan Bermotor
Dibuka untuk pelumba antara 10 hingga 14 tahun, Emil, bagaimanapun, gagal meneruskan kecemerlangan…
Sukan Bermotor
Berlumba di dalam kategori OhVale 190GP-2 Junior, Danish Hakim yang berlumba di bawah pasukan SIC…