SIC anjur Open Track Day untuk kenderaan elektrik mudah alih (PEV)

oleh Mohamad Hanif|
Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini mengumumkan hari Open Track Day yang dikhususkan untuk kenderaan elektrik mudah alih (PEV) seperti e-skuter, e-bike, hoverboard, unisikal elektrik, dan papan seluncur elektrik.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Hari litar terbuka itu akan diadakan pada Jumaat, 3 Disember 2021 bermula jam 8.00 pm hingga 12.00 am bertempat di North Paddock.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha SIC untuk menyediakan persekitaran yang selamat kepada para peminat PEV untuk menikmati pengalaman di dalam litar sepanjang 5.543 km itu.

 

PEV


Acara ini juga dianjurkan sebagai satu pengiktirafan kepada populariti PEV yang semakin meningkat di Malaysia, selain mempromosikan mobiliti yang mesra alam dan bersih, selaras dengan inisiatif SIC untuk menggalakkan kehidupan yang lebih lestari di dalam sukan permotoran, serta mengurangkan emisi karbon.

Yuran kemasukan dikenakan sebanyak RM62.50 (termasuk cukai), dan setiap peserta perlulah lengkap suntikan vaksinasi dan bebas daripada sebarang simptom COVID-19. Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan.
 

PEV


Setiap peserta juga perlu memakai kelengkapan keselamatan seperti helmet dan kasut bertutup, sementara pemakaian pad lutut dan pelindung siku adalah digalakkan.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian di laman web: https://www.sepangcircuit.com/ticketing/pev-open-day/pev-open-day

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun kita tak capai 200,000 orang seperti yang disasarkan, kita masih berjaya catat 184,923…
Informasi
Dianjurkan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), program selama tiga hari di Litar Antarabangsa…
Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…