Siasatan TNYT dedah bagaimana Kim Jong-Un seludup Maybach masuk Korea

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi satu siasatan mendalam yang dibuat oleh The New York Times, mereka akhirnya mendapatkan bukti yang mendedahkan bagaimana pemimpin Korea Utara itu mendapatkan dua buah kereta persendiriannya di sana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai makluman, Korea Utara merupakan salah satu negara yang dikenakan sekatan selepas negara tersebut melancarkan program nuklearnya. 

Daimler juga turut pelik kerana mereka sebenarnya sudah lama tidak menjual sebarang produk yang berkaitan kepada negara tersebut semenjak 15 tahun yang lalu. 

 


Siasatan TNYT bermula dari sebuah pelabuhan di Rotterdam, Netherlands di mana dua unit kenderaan kalis peluru Mercedes-Maybach dimuatkan ke dalam sebuah kapal kargo. 

Setelah 41 hari berada di tengah lautan, akhirnya kapal tersebut sampai di China dan muatan kereta tersebut kemudian dihantar ke Jepun menerusi kapal yang berbeza sebelum sampai ke Korea Selatan. 

Daripada situ, kapal yang mengangkut kereta Kim Jong-Un melakukan pertemuan bersama kapal hantu Russia dan muatan berisi kereta tersebut bertukar tangan. 

Di sini, pihak yang tidak bertanggungjawab itu memadamkan fungsi alat penjejakan sementara kapal tersebut belayar dan berlabuh di Vladivostok, Russia. 

Pada hari yang sama ketibaan kereta tersebut di Russia, dua buah kapal terbang pengangkut diterbangkan dari Korea Utara ke sana bagi membawa pulang dua buah kereta tersebut ke tangan pemimpin Korea itu.
 


Berdasarkan modus operandi yang dinyatakan, tidak mustahil cara yang sama digunakan bagi tujuan-tujuan yang dilindungi daripada pengetahuan umum.

Ini kerana menurut pakar, laluan yang sama digunakan oleh kuncu-kuncu Kim Jong-Un merupakan laluan kegemaran bagi sesetengah pihak untuk menyeludup barangan masuk dan keluar dari Korea Utara. 

 

Sumber berita penuh: The New York Times