Namun, sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat golongan wanita yang cuba untuk memecahkan stereotaip dengan menceburi pelbagai jenis bidang, termasuklah bidang automotif.
Pencapaian tiga orang wanita yang diketengahkan oleh Bosch Automotive Aftermarket pada kali ini membuktikan pengetahuan dan kepakaran mereka mampu menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif.

Dengan pengalaman selama 20 tahun di dalam industri automotif, Wong Hoi See telah memiliki bengkel keretanya Citibenz Auto Care sejak 12 tahun yang lalu.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menyaksikan perubahan di dalam industri di mana lebih ramai wanita mahu memainkan peranan yang jarang dikaitkan sebelum ini.
"Apabila saya mula memasuki bidang ini, saya sedar saya harus bekerja keras untuk memacu kejayaan, selain menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dengan lebih bersedia.
"Saya mendapat inspirasi untuk berusaha dengan lebih kuat dan menggunakan pendekatan yang lebih terperinci untuk memastikan kejayaan saya.
Clara Beh (PH Auto Enterprise, PJ) bercita-cita untuk menjadi contoh kepada wanita lain dengan menceburi bidang ini.
Dengan pengalaman lebih lapan tahun di dalam industri, Beh berjaya menguruskan perniagaan keluarganya.
"Nasihat saya untuk wanita yang mahu memulakan kerjaya di dalam bidang automotif atau mahu bertukar adalah sentiasa mempunyai semangat dan mentaliti pemula diri - ini akan memastikan kejayaan.

Michelle Yong (Kam Meng Auto Suppliers & Trading Company, PJ) yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun bermula dengan niat untuk membantu suaminya menguruskan kedai alat ganti.
"Sebagai seorang ibu dan insan yang menguruskan perniagaan, pengurusan masa memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan saya.
"Untuk mengimbangkan tanggungjawab saya di rumah, saya perlu menguruskan masa dengan sebaiknya, supaya saya dapat memenuhi keperluan ahli keluarga dan dalam masa yang sama menjaga hal ehwal perniagaan.