Benar, tetapi bukan untuk semua permukaan off-road sebenarnya.
Menurut David Wilson, seorang pakar 4X4 di Adventure 4WD Australia, pemilih tayar yang betul akan memastikan samada anda duduk di dalam kenderaan menunggu bantuan trak tunda, atau anda dapat menghayati alam semulajadi dengan jentera 4X4 anda.
Beliau yang menggunakan tayar dari jenama Toyo berkata, pemilihan tayar perlu dilakukan dengan tepat.
"Toyo Open Country H/T (Highway Terrain) memang paling sesuai untuk jalan bertar," ujarnya.
"Toyo Open Country A/T (All Terrain) pula mempunyai kebolehan yang seimbang untuk jalan berturap atau tidak.Tayar Toyo Open Country M/T (Mud Terrain) pula mementingkan keadaan permukaan yang licin, seperti lumpur dalam," terang David.
Untuk pemanduan di atas pasir pantai pula, David mempunyai pendapat yang menarik.
"Adalah satu kesilapan besar jika kita menggunakan tayar M/T untuk kawasan pantai. Bunga tayar yang besar itu akan hanya mengorek lubang sahaja di dalam pasir, menyebabkan kenderaan 4X4 kita terbenam.
Paling baik ialah menggunakan tayar A/T di mana ia bukan sahaja terbaik untuk pasir pantai, tetapi untuk kawasan berbatu dan permukaan lain," tambah David.
Jika terbenam di pasir pantai, David menasihatkan agar pemandu turun dan analisa situasi tersebut. Cuba masuk gear undur untuk keluar dari tempat itu.
"Tapi jika itu pun tak boleh, turunkan tekanan udara di dalam semua tayar. Turunkan ke bawab paras 15 PSI dan pandu perlahan-lahan kerana dengan tekanan serendah itu, putaran roda yang laju mungkin akan menyebabkan roda terpusing dari tayar," kata David.
Bagi pasaran Malaysia, Toyo mempunyai pilihan produk-produk yang meluas untuk Open Country.
Open Country U/T
Tayar khusus untuk pelbagai permukaan - di atas jalan bertar dan jalanraya offroad. Ia memang lasak dan mempunyai lapisan dinding sisi yang kukuh.
Kompaun silika istimewa yang digunakan juga memastikan bunganya tahan lebih lama.
Paling penting, corak bunga agresif A/T Plus menarik perhatian ramai.
Open Country M/T
Tayar Mud Terrain ini sudah terbukti sejak ia dilancarkan. Ia pernah memenangi anugerah Tire of the Year 2008 oleh Off Road Magazine.
Walaupun ia sebuah tayar M/T, ia mempunyai kandungan bahan dan bunga yang masih membenarkan anda menggunakannya di atas jalanraya bertar dengan selamat, selesa dan kadar haus yang sekata.
Tepat seperti slogan Toyo Tires sendiri, "Open Roads Await", ia adalah peralatan paling penting untuk kenderaan anda kerana anda sudah bersedia untuk apa sahaja "pengembaraan"!
Untuk informasi lebih lanjut berkaitan produk Toyo, lawati pautan http://bit.ly/ToyoOpenC
Sumber:
https://www.toyotires.com.au/news-and-stories/going-off-road-threethings-you-should-never-do
https://www.toyotires.com.my/tire/line/open-country